Categories: Berita

Enjin 4-silinder Kawasaki Z250 sedang dibangun

KAWASAKI MUNGKIN MERANCANG UNTUK MEMPERKENALKAN Z250 4 SILINDER.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kawasaki sememangnya antara pengeluar motosikal yang menarik paling banyak perhatian sejak kebelakangan ini.

Jenama motosikal Jepun kembali menjadi tumpuan dengan pelancaran model ZX-25R yang menawarkan enjin 4-silinder 250cc.

Hasilnya, sebuah jentera 250cc mampu menghasilkan 51hp @15,000rpm dan 22.9Nm @14,500rpm.

Related Post

Angkanya jauh lebih besar daripada enjin kembar selari atau satu silinder 250cc yang terdapat di pasaran pada masa ini.

Baru-baru ini, spekulasi mengatakan Kawasaki mungkin akan memperkenalkan platform yang sama ke dalam model ‘naked’, Z250.

Spekulasi itu kini disebarkan di Jepun oleh media antarabangsa di sana sehingga ada yang berkongsi imej ‘render’ jentera tersebut.

Difahamkan model baharu itu juga akan diperkenalkan tidak lama lagi dan akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti ZX-25R.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah