Categories: Sukan Motor

Jeffrey Herlings tidak pasti jika akan kembali ke MXGP

JEFFREY HERLING DARI RED BULL KTM SUDAH KEMBALI DENGAN MOTOSIKALNYA SELEPAS KECEDERAAN KAKI TETAPI ADAKAH PELUMBA INI KEMBALI KE LITAR MXGP?

sumber gambar: Red Bull KTM

Jeffrey Herlings telah pulang ke Red Bull 450 SX-F-nya tetapi kami masih tidak tahu jika pelumba ini akan secara rasmi kembali ke aksi Motorcross. Menurut Red Bull KTM Factory Racing, pelumba berumur 24 tahun ini telah melengkapi latihan pendek moto dengan jenteranya selama tiga minggu.

Herling mengalami kecederaan kaki di Sepanyol dan terpaksa menjalani operasi pada permulaan tahun. Ia dikatakan bahawa dia telah pulih sedikit kekuatan dan kestabilan. Juara bertahan masih berada di jalan pemulihan tetapi sedang menunjukkan hasil positif dalam pemulihannya. Walau bagaimanapun, Herlings tidak akan pergi ke Perancis minggu ini dengan seluruh pasukan.

sumber gambar: Red Bull KTM

Related Post

“Saya rasa sangat baik untuk kembali menunggang motosikal sekali lagi tetapi saya perlu mengambil proses ini secara perlahan dan dengar apa yang dikatakan oleh badan saya. Kadang-kadang saya masih ada kesakitan di kaki saya dan saya perlu berlatih dan mendapat masa yang baik dengan motosikal saya selepas tiga bulan hampir tidak melakukan apa-apa.” kata Jeffrey Herlings seperti yang dipetik dari Red Bull KTM.

“Saya ingin kembali ke litar apabila saya berada pada 100% tetapi saya juga faham saya tidak boleh kembali dan menang, ia mungkin akan mengambil beberapa perlumbaan untuk mencapai tahap baik dan semua pelumba lain sedang berusaha keras dan mempunyai irima mereka. Saya sedang bekerja keras dan akan kembali secepat mungkin,” dia menambah.

sumber gambar: Red Bull KTM

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah