‘THE DOCTOR’ TERPAKSA UNDUR DIRI UNTUK PERLUMBAAN HUJUNG MINGGU INI DI ARAGON KERANA DISAHKAN POSITIF DENGAN COVID-19.

Sumber gambar: Autosport

Ia baru diumumkan bahawa pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP Valentino Rossi tidak akan dapat mengambil bahagian dalam perlumbaan Gran Premio Michelin de Aragon hujung minggu ini kerana positif dengan Covid-19.

Juara Dunia sembilan kali diuji negatif pada hari Selasa tetapi kemudian rasa tidak sihat pada pagi Khamis. Dia disahkan positif untuk Covid-19 selepas itu, pada Khamis petang. Rossi berada di rumah di Itali dan tidak berdekatan orang yang hadir di MotorLand Aragon.

VALENTINO ROSSI

“Malangnya, pagi ini setelah saya bangun saya rasa tidak baik. Tulang saya sakit dan saya sedikit demam, jadi saya segera menghubungi doktor yang menguji saya dua kali. Hasil ‘ujian PCR cepat’ adalah negatif, sama seperti ujian yang saya lalui pada hari Selasa. Tetapi yang kedua, hasilnya dihantar kepada saya pada pukul 16:00 petang ini, malangnya positif.

Related Post

Saya sangat kecewa kerana saya tidak dapat mengambil bahagain dalam perlumbaan di Aragon. Saya ingin bersikap optimis dan yakin, tetapi saya pasti saya tidak akan dapat berlumba untuk pusingan kedua di Aragon… Saya sedih dan marah kerana saya melakukan yang terbaik untuk menghormati protokol dan walaupun ujian yang saya lalui pada hari Selasa adalah negatif, saya mengasingkan diri sejak ketibaan saya dari Le Mans. Bagaimanapun, begitulah keadaannya, dan saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan. Saya sekarang akan mengikuti nasihat perubatan, dan saya harap saya akan cepat sembuh.”

Kami doakan agar Rossi cepat sembuh.

SUMBER: MOTOGP

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan