BOON SIEW HONDA LANCAR HONDA VARIO 150 2020 BAHARU. DATANG DENGAN TIGA KOMBINASI WARNA BARU DENGAN CBS, ISS, HONDA SMART KEY, DAN ENJIN 150CC DENGAN TEKNOLOGI ESP.

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda Vario 150 2020 baharu hari ini. Honda Vario 150 telah memikat hati ramai pengguna motosikal Malaysia kerana penampilan sporty, kemampuan prestasi dan ciri-ciri nilai tinggi yang datang dengan model ini.

Baru untuk 2020, Honda Vario 150 datang dengan tiga kombinasi warna. Kombinasi warna baru termasuk tiga grafik grid heksagon baru; Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black dan Sword Silver Metallic. Selain itu, terdapat juga versi Repsol.

Sword Silver Metallic
Pearl Magellanic Black
Repsol Edition
Force Silver Metallic

BSH mengatakan mereka sentiasa menyedari peningkatan populariti motosikal AT di kalangan pengguna yang lebih muda yang mencari kedudukan menunggang yang selesa, ketahanan dan ciri-ciri berkualiti, penggunaan yang cekap dan spesifikasi enjin yang lebih tinggi dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, mereka bertekad untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan menawarkan nilai baru dengan meningkatkan tawaran produk mereka untuk memenuhi harapan pasaran.

Memandangkan harganya, Honda Vario 150 2020 datang dengan pelbagai ciri yang luar biasa.

SPESIFIKASI DAN PERINCIAN HONDA VARIO 150 2020

Enjin silinder tunggal 4-stroke sejukkan cecair 150cc dengan transmisi automatik memastikan perjalanan yang lancar dan mudah. Enjin 150cc pada Vario 150 menjana 13.1PS / 12.92 hp @8.500 rpm dan tork puncak 13.4 Nm @5.000 rpm.

Tambahan pula, teknologi Honda Enhanced Smart Power (eSP) dan Advanced Idling Stop System (ISS) pada Vario 150 meningkatkan kecekapan bahan bakar.

Related Post

Bagi elektronik lain, Honda Vario 150 juga dilengkapi dengan lampu LED dual, lampu belakang LED dan panel meter digital LCD, sistem Honda SMART Key dan Honda Combi Brake System (CBS) yang membantu mengimbangkan daya brek untuk pengereman yang optimum.

Edisi Repsol

Bagi reka bentuk; roda sporty 14-inci, muffler sporty dengan end-cap aluminium seiring dengan reka bentuk keseluruhan yang atletik. Vario 150 juga sangat berfungsi dengan ruang simpanan 18-liter di bawah tempat duduk yang besar dengan rak dalaman berganda.

HARGA HONDA VARIO 150 2020 DI MALAYSIA

Harga Honda Vario 150 2020 di Malaysia

Bagi harga; pilihan warna Honda Vario 150 2020 dengan Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black dan Sword Silver Metallic berharga RM 7,499 (Tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran). Selain itu; Honda Vario 150 Edisi Repsol 2020 berharga RM 7,699 (Tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran). Sebagai jaminan; Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang lebih dahulu) untuk Honda Vario 150 di Malaysia.

SPEC SHEET HONDA VARIO 150 2020

Sumber: BSH

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan