Hakim Danish, pelumba remaja negara, bangga dengan permulaan baiknya dalam saingan Piala Red Bull Rookies 2023 namun, akui prestasinya kini belum memuaskan.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Sebelum ini, Hakim Danish melakar kejutan di Portugal dengan meraih podium pada perlumbaan ke-2 Piala Red Bull Rookies.

Namun, Hakim kini berhadapan dengan cabaran untuk menonjol akibat kesilapan kecil sekaligus berada di kelompok tengah dalam kebanyakan perlumbaan.

Related Post

Hakim berkongsi kepada iMotorbike latihan intensif sebulan di Malaysia meningkatkan aspek penting bagi dirinya kembali meraih podium.

“Sasaran saya untuk dua pusingan akan datang adalah untuk meraih podium lagi. Setelah perlumbaan bulan lalu, saya pulang ke Malaysia dan terus berlatih serta memperkuat mental dengan pasukan ZK Racing,” kata Hakim.

Untuk rekod, Hakim kini berada di tangga ke-9 dengan 67 mata, hanya 19 mata dari kedudukan 5 terbaik.

Muiz Aziz