Categories: Berita

Nazirul Izzat Senyum Lebar di Litar Mandalika, Indonesia

Pelumba negara, Nazirul Izzat Bahauddin, tawan Litar Mandalika, Indonesia dan terus berada di kedudukan teratas bagi kelas Underbone 150cc.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Walaupun mengalami kesukaran semasa perlumbaan kerana kali pertama beraksi di atas litar ini, Nazirul dari Uma Racing Yamaha Maju Motor Asia Team menunjukkan prestasi cemerlang dengan memenangi perlumbaan pertama dan mengangkat lagu Negaraku di bumi Indonesia.

Nazirul, yang memulakan perlumbaan dari petak ke-6 memilih untuk mengambil pendekatan berhati-hati, terutama sekali terhadap pelumba Indonesia yang memiliki pengalaman di litar ini.

Related Post

Namun, semangat Nazirul jelas membara dengan kuat apabila menjadi pelumba pertama menyeberangi garisan penamat.

Bagaimanapun kemenangan tersebut terpaksa ditentukan menerusi ‘photofinish’ selepas Nazirul bersaing rapat dengan seorang lagi pelumba Malaysia, Akid Aziz dari Cardinals Factory Racing Team Arrc

“Saya tidak terduga akan menamatkan perlumbaan dengan kemenangan kerana saya berlawanan dengan Akid. Kemenangan ini diberikan oleh Allah dan saya hanya fokus pada strategi. Saya berterima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu ini. Ini adalah kali pertama pasukan saya berlumba di litar ini. Saya berharap mampu mengulangi prestasi terbaik ini untuk naik podium. Namun, saya tidak akan merasa terlalu selesa kerana semua pelumba berpotensi memberikan saingan yang hebat,” ujar Nazirul Izzat

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz