Categories: Berita

Yamaha Indonesia lancar WR155R Monster Energy Edition

DI TENGAH PASARAN MOTOSIKAL INDONESIA ADALAH YAMAHA WR155R BAHARU DENGAN KAPASITI 155CC.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha baru lancar WR155R Monster Energy Edition bagi pasaran Indonesia. 

Dengan enjin 155cc sama yang turut didapati pada Yamaha R15, Yamaha telah menala semula enjin WR155R dan hasilnya adalah 16.5hp @10,000rpm  dan 14.3Nm @6,500rpm. 

Yamaha WR155R adalah motosikal dual-sport yang dipasarkan khusus untuk penunggang baru.

Related Post

Walaupun jentera ini mempunyai kapasiti 155cc, ia menawarkan ciri-ciri ‘adventure’ dan ia sesuai untuk tunggangan kasar dengan ketinggian tempat duduk 888mm.

Jarak dari tanah 245mm dan wheelbase 1430mm turut menjadikan WR155R sesuai untuk tunggangan off-road. 

Yamaha WR155R menampilkan tangki 8.1L, menjadikan model ini sesuai untuk kegunaan harian juga. 

Antara cir-ciri menarik lain termasuk jejari rimnya, ABS dwi saluran, teleskopik fork 41mm dan kerangka jenis semi-double. Motosikal ini juga didatangkan dengan skrin digital LCD, cakera brek hadapan 240mm dan 220mm belakang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan