Categories: BeritaPetua & Cerita

Eksklusif: Gambar intip dan paten bocor BMW R18

BMW TELAH MENGACAH R18 SEJAK KEBELAKANGAN INI.  KONSEP BOBBER R18/2 DIPAMERKAN DI EICMA 2019. BARU-BARU INI, TERDAPAT BEBERAPA KHABAR ANGIN MENGENAI PENGELUARAN R18 TERMASUK GAMBAR INTIP DAN PATEN BOCOR.

Konsep ini didedahkan buat kali pertama pada Mei 2019 di Concorso d’Eleganza Villa d’Este. Kemudian R18/2 konsep bobber didedahkan di EICMA 2019.

Konsep BMW R18/2

GAMBAR-GAMBAR INTIP DAN PATEN BOCOR

   

   

Menurut sumber, pengeluaran BMW R18 akan datang dengan boxer flat-twin 1802 cc yang sama seperti konsep. Enjin sejukkan udara akan menjana kuasa maksimum 91 bhp pada 4,750 rpm dan tork maksimum 158 Nm pada 3,000 rpm. Motosikal ini akan memaparkan kotak gear enam kelajuan dengan gear reverse yang dikuasa oleh motor pemula. Motosikal ini juga akan keluar dengan kawalan adaptive cruise yang dibantu oleh sensor radar. Kami boleh jangka untuk lihat pelbagai elektronik hardcore dan gizmo kerana ia amat biasa dalam motosikal cruiser.

Manakala, berdasarkan paten bocor, terdapat dua versi R18. Yang pertama agak serupa dengan konsep boober dan yang kedua mempunyai gaya motosikal cruiser. Walaupun terdapat beberapa perbezaan kedua-dua motosikal ini akan mengguna enjin sama.

Related Post

Kedua-dua motosikal ini akan mempunyai cluster instrumen, namun versi cruiser akan mempunyai skrin TFT. Ini mungkin adalah panel skrin sentuh dengan infotaiment yang memberi navigasi serta akses kepada sambungan telefon pintar dan ciri-ciri multimedia lain.

Bagi suspensi pula, persediaan pada cruiser seiras dengan konsep. Manakala, ia kelihatan seperti motosikal ini akan datang dengan roda kecil 18 inci berbanding dengan roda 20 inci pada konsep.

Betulkah kita mengenai R18? Prototaip ini telah memasuki tempahan awal. Dengan ini, kemungkinan R18 bobber dan cruiser keluar dari barisan pengeluaran kelihatan lebih realistik!

REKA BENTUK PATEN

  

  

 

Sumber: Ride Apart, carandbike, motorbike writer

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah