TRIUMPH SPEED TWIN AKHIRNYA TIBA DI INDIA DAN MEMPUNYAI TANDA HARGA SEBANYAK RS 9.46 LAKH.

Triumph Speed Twin | Sumber gambar: Motor Beam

Triumph Motorcycles telah melancarkan Triumph Speed Twin 2019 barunya di India. Motosikal Triumph baru ini mempunyai tanda harga sebanyak Rs 9.46 lakh. Ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna, Silver Ice/Storm Grey, Korosi Red/Storm Grey dan Jet Black.

Triumph Speed Twin mempunyai 1200cc, disejukkan cecair, 8 injap, SOHC, 270 darjah, crank angle, kembar selari, enjin Bonneville. Enjin ini dibangunkan dari motor Triumph Thruxton R dan disesuaikan dengan kotak gear enam-kelajuan. Menurut sumber dari India Today, motosikal ini mempunyai penutup magnesium cam baru, klac yang telah ditingkatkan dan penutup enjin baru. Enjin ini mampu menghasilkan 97 Ps pada 6,750 rpm dan 112 Nm pada 4,950 rpm.

Related Post

Dari segi pengukuran, tinggi motosikal ini adalah 1,1100mm tanpa cermin. Lebarnya dengan hendal ialah 760mm. Ketinggian tempat duduk berada pada 807mm manakala kapasiti tangki minyak ialah 14.5 liter.

Speed Twin baru ini dilengkapi dengan pek instrumen pelbagai fungsi LCD. Ia juga dilengkapi dengan speedometer analog dan tachometer. Pek instrumen memberikan maklumat seperti penggunaan bahan api, kawalan traction, kedudukan gear dan mod throttle.

Triumph Speed Twin mempunyai tiga mod tunggang iaitu Road, Rain dan Sport. Ia mempunyai fork cartridge depan 41mm dan pada bahagian belakang mempunyai penyerap hentak kembar dengan pramuat yang boleh dilaras. Motosikal ini juga dilengkapi dengan ABS dwi saluran dan kawalan traction yang boleh diubah.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan