Hattem Rashdi Mangsa Terbaru Litar Drag

Litar drag terus menjadi medan maut apabila pelumba drag, Hattem Rashdi terlibat dalam kemalangan pada saingan Malaysia Drag Bike National ET record Championship 2023 Road Tour 2023.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Hattem Rashdi, 22 tahun terlibat dalam kemalangan pada hari pertama saingan di Pekan, Pahang, Ahad lalu.

Hattem yang mewakili ESR Motor dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut dan bertarung nyawa selama 12 jam sebelum meninggal dunia.

Pemilik ESR Motor, Adib Affandi Mohamad berkongsi bahawa jenazah akan dibawa ke Alor Janggus, Kedah untuk urusan pengebumian.

Related Post

“Allahyarham adalah pelumba litar drag yang berbakat dan menjadi penunggang kepada ESR Motor sejak dua tahun lalu.

“Difahamkan, jentera yang ditunggangi Allahyarham berhadapan masalah teknikal sebelum terbabas,”

Pada 2022 terdapat dua kematian yang terlibat dalam perlumbaan drag iaitu BOTK yang berlangsung di Gong Badak, Terengganu

Dan ketika pertandingan ‘CCT Battle of Champion’ di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz