Categories: Berita

Honda Monkey akhirnya tiba di Malaysia untuk RM13,999!

Boon Siew Honda, pengimport model Japan di Malaysia, telah pun mengumumkan ketibaan unit terbarunya yang berketurunan dari generasi popular Monkey. Bike mini ini berdasarkan platform Honda MSX-125 yang juga amat popular antara penunggang Malaysia.

Sebalik April tahun ini, iMotorbike telah pun mendedahkan berita tentang model ikonik Monkey yang akan dikembali semula tetapi Boon Siew Honda tidak mengesahkan bahawa model tersebut akan tiba ke Malaysia. Selepas mendapat sokongan serta minat yang sangat besar, BSH pun membuat keputusan untuk mengesahkan ketibaan unit Monkey 125 dengan harga tetap, RM13,999 ( Kadar cukai Jualan & Perkhidmatan Malaysia sifar untuk Honda Monkey dan tidak tertakluk kepada pelaksanaan cukai CJP ataupun SST baru-baru ini )

Dan apa boleh kami jangka dari Monkey baru ini ?

Monkey 125 ini mempunyai frame tulang belakang dengan seksyen bujur swingarm, dan versi baru pula datang dengan penyerap hentak depan terbalik dan dualshock untuk roda-roda 12-inchi. Berat motosikal mini ini adalah 105 kg ( berat basah ) dan hadir dengan enjin 5.6 liter.

Berbanding dengan Monkey asal, unit baru ini mengubah ergonomiknya dengan bahagian tempat duduk yang lebih tinggi dari tanah. Ketumpatan kerusi tetap pada 775 MM selaras dari tanah.

Related Post

Penyerap hentak depan diliputi dengan Alumite premium manakala sistem brek pula mempunyai cakera pada roda depan dan belakang (220 mm di hadapan, 190 mm di belakang) dan Honda menjamini keselamatan penunggang dengan memasang unit ABS yang bekerja sempena dengan IMU – Inertial Measurement Unit

Monkey baru ini mempunyai enjin jenis silinder tunggal dengan sesaran 125cc dan bersilang, yang disejukkan dengan udara. Unit ini juga mengguna sistem suntikan bahan api oleh PGM-Fi yang popular dan walaupun power terhad kepada 9.2 hp dan tork maxsimum mencapai 11 Nm, semua ini dialirkan kepada roda belakang dengan bantuan daripada transmisi empat kelajuan. Monkey 125 ini mempunyai pengunaan bahan api yang minima, yang mana menurut Honda, ialah 1.49 liter setiap 100 km dan semua ini membolehkan Monkey 125 untuk meneruskan perjalanannya lebih daripada 300 km sebelum pengisian minyak diperlukan.

Honda bercadang model 125 ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna, iaitu warna Mutiara Nebula Merah, Mutiara Berkilauan Biru dan kuning pisang.

Untuk maklumat lanjut tentang Monkey baru ini, sila layari laman web rasmi Honda

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah