MEREKA BERJAYA DAPAT KEPUTUSAN MENAKJUBKAN DI HAWKSTONE DAN ITALI.

Jeffrey Herlings | Sumber gambar: KTM Factory Racing

Pelumba-pelumba Red Bull KTM telah mempunyai hujung minggu yang hebat semasa motocross antarabangsa pra-musim apabila Jeffrey Herlings dan Tom Vialle terpaksa melalui keadaan cuaca yang basah dan panas di England untuk mencapai kemenangan dalam kelas MX1 dan MX2 Hawkston International. Rene Hofer pula mendapat tempat ketiga dalam podium MX2 manakala Toni Cairoli mencapai tempat kedua dan ketiga dalam dua perlumbaan di Montova buat pusingan ketiga dan terakhir Internazionali D’Italia.

JEFFREY HERLINGS (RED BULL KTM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: KTM Factory Racing

“Saya rasa baik hari ini. Ia memalukan untuk bermula dengan kemalangan dalam moto pertama tetapi saya bangkit dari belakang hingga ke ketiga dan hampir memotong Glenn (Coldenhoff). Kemudian saya mendapat holeshot dan memimpin dari situ. Ia adalah satu latihan yang bermanfaat kerana Matterley mampu buat benda yang sama!” kata Herlings seperti dipetik dari KTM Factory Racing.

TONY CAIROLI (RED BULL KTM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: KTM Factory Racing

Related Post

“Perlumbaan pertama musim dan kami tidak jangka banyak tetapi untuk mendapat kemenangan podium pada kedua-dua perlumbaan adalah ok. Kami kini tahu dimana kami perlu perbaiki dan kami masih jauh dari itu tetapi ia adalah satu perlumbaan yang baik sebelum Grand Prix pertama. Kini kami mempunyai rancangan yang jelas.”

TOM VIALLE (RED BULL KTM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: KTM Factory Racing

“Ia adalah satu hari yang sukar dengan keadaan cuaca. Perlumbaan pertama agak sukar kerana saya keempat dan mempunyai banyak air dalam gogal saya. Saya terpaksa berhenti dan menukar dan bermula semula dalam kedudukan kesepuluh tetapi bangkit hingga keenam. Saya sangat puas dengan motosikal dan rasa sangat baik jadi keputusan yang saya dapati tidak begitu mengecewakan. Saya mendapat holeshot dalam perlumbaan kedua hanya untuk dua puluh minit. Saya amat gembira. Kami telah lakukan dua perlumbaan pasir dan kami akan menuju ke LaCapelle hujung minggu depan. Ia akan menjadi satu perlumbaan yang baik untuk kami sebelum Matterley.”

RENE HOFER (RED BULL KTM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: KTM Factory Racing

“Agak baik hari ini. Saya amat gembira dengan tunggangan lumpur saya. Saya hampir mendapat holeshot dalam perlumbaan pertama. Tetapi berjaya memimpin pada sudut kedua yang sangat penting. Saya memimpin sepanjang perlumbaan dengan dua pusingan lagi dan rasa sangat baik dengan kedudukan kedua dalam keadaan ini. Saya tidak bermula dengan baik dalam moto kedua – enam teratas. Kemudian saya terhempas dan menunggang sebaik saya boleh hingga selesai. Selepas setiap perlumbaan saya lebih yakin dan selesa.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan