Indian Springfield Dark Horse Jack Daniels | Sumber gambar: Indian Motorcycle

Untuk empat tahun berturut-turut, Indian Motorcycles dan Jack Daniels telah bekerjasama untuk mereka satu lagi motosikal istimewa dan terhad. Springfield Dark Horse Jack Daniels berjanji untuk memberi satu rasa istimewa kepada Indian.

Motosikal edisi terhad ini dilengkapi dengan aksesori yang terbaik yang Indian Motorcycles guna untuk motosikal Springfield biasa. Jadi, Springfield Dark Horse Jack Daniels akan mempunyai kerusi kulit dua nada, hendal “ape hanger” untuk posisi menunggang yang sebenar, cermin gelap yang mudah dikeluarkan, roda aluminium, pencahayaan LED sepenuhnya, dan banyak lagi butiran yang lebih kecil.

Buat pertama kali, Indian Motorcycles telah mengubahsuai bahagian enjin. Ia masih adalah unit V-twin Thunderstroke, tetapi tidak seperti enjin asas 1811 cc, enjin yang dipasang pada Springfield Dark Horse Jack Daniels ini mendapat peningkatan dari segi kapasiti hingga 1890 cc yang memberi motosikal khas ini lebih kuasa dan tork.

Related Post

Indian Motorcycles juga mengumumkan bahawa hanya 177 unit Springfield Darkhorse Jack Daniels akan direka untuk seluruh dunia dan motosikal pertama dijangka sampai pada bulan September.

Indian Springfield Dark Horse Jack Daniels | Sumber gambar: Indian Motorcycle

Sumber gambar: Indian Motorcycle

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan