Categories: Berita

Black on Black: Skema warna baru Ducati Monster 1200 S

PENGILANG BORGO PANIGALE MENUNJUK KAMI SKEMA WARNA BARU BAGI MONSTER 1200S.

Ducati Monster 1200 ‘Black on Black’ | Sumber gambar: Cycle World

Model Ducati terbesar akan didedahkan pada November, pengilang yang berpusat di Borgo Panigale bercadang untuk menunjuk model 2020 pertama. Monster 1200 S tidak akan mendapat sebarang peningkatan tetapi boleh didapati dalam warna baru.

Ducati kata skema warna hitam penuh baru dipanggil “Black on Black”.

Ini bermakna, Ducati akan menyediakan Monster 1200 S dalam campuran warna hitam. Sesetengah bahagian motosikal naked ini akan menjadi matte hitam, yang lain akan diliputi dalam warna hitam brilliant untuk menghasilkan kontras yang hebat.

Related Post

Warna lain yang Ducati akan guna pada Monster 1200 S baru ialah merah: roda yang dimesin mendapat aksen merah.

Selain daripada skema warna “Black on Black”, Ducati masih akan menawar Monster 1200 S dalam Ducati Red bagi mereka yang gemar warna klasik.

Ini hanya merupakan peningkatan dari segi reka bentuk. Bagi model baru pula, Ducati akan mendedahkan mereka dalam beberapa minggu pada acara khas di Misano. Kemudian, pada awal November, Ducati akan mendedahkan barisan penuh mereka di EICMA Milan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan