Categories: Berita

Akan datang? KTM dilihat menguji RC 990 serba baharu

KTM RC990 BERKEMUNGKINAN AKAN MELAKUKAN DEBUT BESARNYA TIDAK LAMA LAGI AKIBAT KESEPAKATAN UTAMA DARIPADA PEMINAT.

S. Baldauf/SB-Medien

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

KTM telah mencipta nama di peringkat kejohanan dunia MotoGP baru-baru ini, terutamanya dalam kategori Moto2 dan Moto3.

Namun, pengeluar motosikal Austria itu masih kekurangan motosikal sukan berkuasa tinggi untuk pasaran global selepas pengeluaran KTM RC8 dihentikan pada 2015.

Walaupun KTM memperkenalkan RC 8C yang meminjam teknologi jenama itu di pentas MotoGP, model itu hanya untuk digunakan di litar lumba. Bagaimanapun, KTM dilihat menguji jentera yang dirujuk sebagai RC990 baru-baru ini.

S. Baldauf/SB-Medien

Pada masa ini, KTM tidak mempunyai enjin berkapasiti 990cc, tetapi melihat kepada laporan media Eropah, KTM telah menggunakan enjin LC8c 889cc kembar selari. Ini boleh didapati pada KTM 890 Duke. KTM kemudiannya memperbesarkan ‘bore’ dan ‘stroke’ untuk mencapai kapasiti tersebut.

Related Post

Ini bukan kali pertama jentera akan datang ini telah didedahkan tetapi perkembangan terbaru ini menunjukkan bahawa model itu kini lebih bersedia berbanding sebelum ini.

Melihat kepada reka bentuk keseluruhan model prototaip RC990 ini, jelas sekali rekaan tersebut mendapat inspirasi daripada KTM RC 8C.

Selain itu, model prototaip itu turut menampilkan kerangka serba baharu seperti yang terdapat pada prototaip 990 Duke sebelum ini dan suspensi daripada brek WP dan Brembo.

Walaupun perincian motosikal itu masih kurang, kami menjangkakan KTM RC990 akan muncul sekitar lewat 2023. Apatah lagi, dengan kejayaan KTM menjual kesemua 200 unit KTM RC 8C 2023 dalam tempoh tiga minit baru-baru ini, ketibaan RC990 pasti akan mencipta impak yang sama.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah