Categories: Berita

Suzuki sedang membangunkan susunatur enjin radikal

Sumber gambar: Aripitstop

Pengilang motosikal selalu mencari langkah untuk mendahului pesaing mereka dengan menambah baik teknologi dan motosikal mereka tetapi untuk mengubah sususan enjin adalah sesuatu yang bukan biasa. Beberapa bengkel kecil motosikal custom telah cuba untuk berbuat demikian seperti Nembo dengan Nembo 32, tetapi kali ini pul, Suzuki mendapat semua perhatian kami dengan sususan enjin yang radikal.

Menurut fail paten yang didedahkan di Jepun, Suzuki telah mengubah keseluruhan sususan serta transmisi motosikal dengan mengubah posisi enjin kepada posisi terbalik!

Apakah yang boleh Suzuki capai dengan menukar posisi enjin?

Related Post

Terdapat tiga sebab untuk keputusan tersebut: Suzuki dapat mereka sebuah motosikal dengan jarak roda yang lebih rendah daripada biasa, menambaik baik ketangkasan. Pada masa yang sama, sususan enjin luar biasa ini akan membenarkan jenama Jepun untuk berusaha terhadap perekaan reka bentuk swingarm berbeza, terutamanya swingarm yang lebih panjang yang akan meningkatkan traction. Akhirnya, enjin terbalik ini akan membantu Suzuki untuk mengoptimumkan posisi pusat graviti dengan kesan langsung mengenai bagaimana motosikal dikendalikan.

Skema yang ditunjukkan pada fail paten ini seolah-olah merujuk kepada sportbike, tetapi Suzuki dapat menyesuaikan susunatur enjin ini dengan pelbagai jenis motosikal. Sebagai contoh, motosikal adventure boleh mendapat manfaat daripada susunatur enjin dan traction tambahan yang terhasil daripada penggunaan swingarm yang panjang.

Buat masa ini, Suzuki mengekalkan projek ini secara rahsia dan kilang Hamamatsu tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dengan maklumat mengenai enjin terbalik. Tetapi kita sudah tahu Suzuki akan bekerja pada Hayabusa baru, motosikal baru dengan enjin silinder kembar turbo dan juga motosikal 300 cc baru, kesemuanya merupakan sebahagian daripada rancangan strategik yang lebih besar untuk membawa 10 model baru ke pasaran menjelang 2020. Jadi, motosikal ini dengan enjin terbalik mungkin benar-benar menjadi kenyataan dalam masa beberapa bulan sahaja!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah