Categories: BeritaKonsep & Kustom

Konsep NMoto’s “Golden Age” berdasarkan BMW C400X didedahkan

NMOTO MENGUMUMKAN PEMBANGUNAN MODEL TERKINI, GOLDEN AGE. PEMBANGUNAN PROTOTAIP SEDANG DIJALANKAN DAN MODEL PENGELUARAN DIJANGKA TIBA PADA MUSIM BUNGA 2021.

NMoto dikenali untuk perekaan semula motosikal klasik BMW dengan mengguna motosikal moden. NMoto pada awalnya lancar BMW R7 1934 inspirasi motosikal Nostalgia yang berdasarkan BMW R Nine T moden. Berikutan itu, syarikat tersebut memperkenalkan Presidential Edition Nostalgia dan kemudian BMW R7 inspirasi R Seven T Kit untuk BMW R Nine T.

NMoto mengumumkan pembangunan model terkini, Golden Age. Buat sementara waktu, Golden Age masih berada bawah fasa prototaip dan NMoto kata mereka akan mendedah Golden Age pada musim bunga 2021. Bukan seperti model sebelum, Golden Age mendapat inspirasi dari Henderson Courtney Prototaip 1936.

Henderson Courtney

Jika anda lihat dengan teliti anda dapat lihat NMoto telah memodenkan streamliner Henderson Courtney dengan menambah ciri-ciri reka bentuk kontemporari seperti grille BMW twin-kidney, lampu depan LED dan juga lampu belakang roundel.

Secara keseluruhan seperti model lain, NMoto telah mengguna sejumlah besar pertukangan dan perhatian terhadap perincian dalam perekaan streamliner moden.

Related Post

“Kami di Nmoto selalu kagum oleh reka bentuk Art Deco. Tetapi kita juga futuris sama seperti kita klasik,” kata pengasas syarikat Alexander Niznik.

Berdasarkan skuter baru BMW C400X, Golden Age dikuasai oleh enjin silinder tunggal sejukkan cecair 350cc yang menjana 35hp. Dipadankan pada kotak gear CVT. Golden Age dirancang untuk menjadi lincah, kuat, sambil praktikal dan artistik.

Perincian harga belum diumumkan. Manakala, menurut sumber, Golden Age akan mula dijual selepas debut rasmi.

Sumber: NMoto

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah