Kawasaki J-Concept Three-Wheeled | Sumber gambar: Moto Introduction

Di Akashi, jurutera Kawasaki sedang berusaha untuk sebuah motosikal elektrik baru. Sekurang-kurangnya itulah yang kita curiga setelah satu set lukisan paten muncul di internet, dengan apa yang kelihatan sebagai motor elektrik yang memaparkan satu set ciri khas yang akan menjadikan Kawasaki ini istimewa.

Kawasaki sudah tahu apa yang diperlukan untuk mereka sebuah motosikal elektrik, sekurang-kurangnya dalam teori. Pada 2014, jenama Jepun ini mendedahkan serta mengejutkan dunia motosikal dengan motosikal yang kelihatan seperti transformer, J-Concept. Walaupun ciri yang paling menarik ialah cara J-Concept boleh menukar gayanya, motor elektrik pada motosikal elektrik itu juga adalah ciri istimewa. Sejak itu, J-Concept telah bersembunyi di ibu pejabat Kawasaki, tanpa sebarang berita mengenai projek ini.

Lukisan paten baru ini menunjukkan dengan terperinci sebuah motosikal elektrik yang membuat kita tertanya-tanya jika Kawasaki tidak meneruskan kerja selama beberapa tahun ini mengenai evolusi motor elektrik yang dilihat pada J-Concept.

Kawasaki J-Concept Three-Wheeled | Sumber gambar: Indian Autos Blog

Related Post

Motosikal yang dilihat pada lukisan mempunyai raim-air dan penyejuk minyak (oil-cooler). Elemen-elemen ini biasanya digunakan pada enjin pembakaran. Ram-air lebih penting pada sportbike untuk mengambil udara segar dan menghantar udara itu dengan tekanan tinggi ke enjin, melalui air-box. Penyejuk minyak, seperti namanya, membenarkan minyak menyejuk ketika pam pada tangki menolak minyak melalui laluan tertentu pada enjin yang menyejukkan unsur dalaman.

Elemen-elemen seperti ini tidak biasa didapati pada enjin motosikal elektrik tetapi jika Kawasaki sedang berusaha terhadap pembangunan sebuah motosikal berprestasi tinggi, kedua-dua motor elektrik serta bateri akan menghasilkan haba, terlalu banyak haba dan itu bermakna Kawasaki terpaksa menggunakan kedua-dua sistem untuk menyejukkan motor dan bateri supaya haba yang dihasilkan tidak membakar semua komponen dalam.

Satu lagi ciri yang menarik yang didapati pada lukisan paten adalah penggunaan gear. Pengilang motosikal elektrik biasanya menggunakan transmisi automatik dan para penunggang hanya perlu mengawal throttle. Tetapi untuk motosikal elektrik Kawasaki ini, transmisi ini mempunyai gear yang bermakna penunggang harus memilih gear yang sesuai yang akan memberi pengalaman yang lebih menyeronok.

Kawasaki J-Concept Three-Wheeled | Sumber gambar: Pinterest

Adakah kita akan lihat kilang Akashi melancarkan motosikal elektrik ini di pasaran? Jika kita perlu meneka, kita akan mengatakan Kawasaki agak serius untuk melancarkan e-motosikal di pasaran, dan kami tidak akan terkejut jika kami mendapat lebih banyak berita mengenai projek ini dalam beberapa bulan yang akan datang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan