Categories: Berita

Lewis Hamilton menguji motosikal Pata Yamaha WSBK R1 dan terhempas

Lima kali juara Formula 1 Lewis Hamilton dengan Mercedes-AMG, juga dikenali sebagai penunggang motosikal dan selama beberapa tahun ini, pelumba British ini tidak menyembunyikan minatnya untuk motosikal lumba serta berlumba pada trek.

Selepas diisytiharkan sebagai juara Formula 1 bagi 2018, Hamilton mengembara ke Jerez, Sepanyol, dimana dia mendapat satu peluang sekali dalam seumur hidup. Pasukan World Superbike PATA Yamaha turut berada pada litar Sepanyol tersebut untuk menguji motosikal YZF-R1 mereka dan telah menjemput Hamilton untuk membuat beberapa pusingan dengan motosikal mereka.

Hamilton menerima jemputan itu dan untuk sepanjang hari telah berlumba mengguna motosikal lumba R1 dengan pelumba PATA Yamaha Alex Lowes sebagai jurutunjuk peribadinya.

Walaupun Hamilton agak biasa dengan memandu sebuah kereta yang sentiasa sentuh asphalt, maklumat mengenai masa pusingan bagi pelumba #44 menunjuk kepada Hamilton yang amat pantas sekitar trek Sepanyol tersebut.

Related Post

Tetapi bukan semuanya berjalan lancar…

Pada salah satu pusingan, Hamilton mengalami kemalangan, namun kemalangan tersebut tidak begitu serius dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Tak lama selepas kejadian itu, dia kembali pada trek dengan motosikalnya yang dibaiki oleh pasukan PATA Yamaha.

Bagi anda yang tidak tahu tentang tahap minat Hamilton terhadap motosikal, kita perlu ingat pada tahun 2017, MV Agusta telah memilih Hamilton sebagai duta jenama mereka. Awal tahun ini, jenama Itali tersebut telah mendedahkan MV Agusta F4 LH44 yang menakjubkan dan eksotik, edisi terhad F4 superbike yang dibina berdasarkan spesifikasi Lewis Hamilton.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah