Categories: Berita

Konsep SEAT eScooter akan didedahkan di Barcelona bulan ini

SEAT ESCOOTER ADALAH MOTOSIKAL ELEKTRIK PERTAMA JENAMA.

SEAT eScooter | Sumber gambar: Carscoops

Pembuat kereta Sepanyol, SEAT, bermatlamat untuk memasuki segmen motosikal elektrik dengan pelancaran motosikal elektrik mereka pada 2020. Jenama ini telah memperkenalkan skuter elektrik pertama mereka di Ireland dan kini merancang untuk mengembang barisan elektriknya dengan produk baru. Konsep motosikal baru ini akan dilihat buat kali pertama di Smart City Expo World Congress Barcelona pada 19 November. Walaupun ia merupakan sebuah motosikal elektrik, namanya pula amat mengelirukan. Ia dipanggil SEAT eScooter.

SEAT eScooter akan mempunyai kuasa enjin yang sepadan dengan motosikal 125cc berkuasa petrol. Ini adalah sebahagian daripada strategi mobiliti bandarnya. SEAT dan pembuat e-motosikal di Barcelona, Silence, akan bekerjasama dalam pembangunan motosikal ini.

“Pertumbuhan pesat bandar-bandar besar menjadikan pencapaian mobiliti cekap sebagai salah satu cabaran utama untukkami  diatasi,” kata Presiden SEAT Luca de Meo seperti yang dipetik dari Silicon Republic.

Related Post

“Hari ini kami mengambil langkah seterusnya dalam strategi mobiliti bandar mikro kami dengan mengesahkan pelancaran eScooter pertama dalam sejarah jenama.”

Setakat ini, SEAT hanya mengeluarkan satu gambar acah. Gambar ini menunjuk apa yang kelihatan seperti bahagian belakang motosikal. Ia mempunyai hendal penumpang atas lampu brek. Bahagian segitiga di tengah serupa dengan apa yang digunakan pada Minimo.

SEAT berhasrat untuk mula pengeluaran Minimo pada 2021. Terdapat juga perbincangan antara SEAT dan pihak ketiga mengenai sama ada syarikat luar akan membina quadricycle bagi pihaknya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah