Categories: Berita

ARCH Motorcycle mengeluarkan KRGT-1 baharu sebelum EICMA

ARCH MOTORCYCLE TELAH MENGELUARKAN KRGT-1 TERKININYA DENGAN PELBAGAI CIRI BARU.

Sumber gambar: ARCH Motorcycle

ARCH Motorcycle baru mengumumkan motosikal terkini mereka – ARCH KRGT-1. Motosikal ini adalah evolusi motosikal pengeluaran bespoke yang mengambil alih kategori performance cruiser. Dengan reka bentuk mudah dan elegan, KRGT-1 baru ini datang dengan lebih dari 20 perubahan, termasuk 150 komponen yang baru direka dan dihasilkan. Motosikal ini mungkin akan didedahkan pada EICMA 2019 minggu depan.

Jika anda tidak tahu, pengasas  bersama Gard Hollinger dan Keanue Reeves bekerjasama untuk mereka ARCH Motorcycle kepada sebuah pengeluar jenis butik. Ia menghasilkan motosikal pengeluaran bespoke di kilang kawasan Los Angeles. Model pengeluaran mereka adalah KRGT-1.

ARCH KRGT-1: KESELURUHAN

Sumber gambar: ARCH Motorcycle

ARCH KRGT-1 terkini mempunyai reka bentuk yang telah direka semula, suspensi terbaru, peningkatan ergonomik, komponen brek dikemas kini dan ciri-ciri keselamatan.

“Kami pada mulanya telah merangka KRGT-1 untuk merealisasikan potensi dan menolak batasan untuk apa yang ditawarkan oleh motosikal V-kembar Amerika, “kata pengasas bersama ARCH Motorcycle Gard Hollinger seperti yang dipetik dari ARCH Motorcycles.

“KRGT-1 baru tetap benar kepada objektif asal sambil meneruskan perkembangan dan penyempurnaan reka bentuk motosikal dan elemen prestasi untuk meningkatkan pengalaman menunggang keseluruhan.”

ARCH KRGT-1: SPESIFIKASI

Sumber gambar: ARCH Motorcycle

ARCH KRGT-1  datang dengan enjin 124ci S&S/ARCH disahkan EPA/CARB dengan sistem induksi rekaan dalaman dan penapis udara K&N Engineering. Sistem header keluli tahan karat ARCH 2 dalam 1 dan muffler karbon fiber Yoshimura mengawal aliran ekzos motosikal. Ia mampu menghasil tork low-end dari pusingan pertama pendikit.

Related Post

“KRGT-1 baru menawar cita-cita ARCH Motorcycle: jentera indah dan luar biasa dengan pengendalian yang beza daripada motosikal lain. Melalui selok-belok, jalan lurus, dengan keyakinan dan keselesaan adalah satu pengalaman yang sukar ditandingi,” kata pengasas bersama ARCH Motorcycle Keanu Reeves.

Sumber gambar: ARCH Motorcycle

Sumber gambar: ARCH Motorcycle

“Ciri terperinci, pelaksanaannya dan kualiti luar biasa. Cara motosikal ini dibina mentakrifkan ARCH.”

Swingarm billet aluminium baru mempunyai unsur lumba. Ia meningkatkan ketegaran dan mengurangkan berat untuk memberikan pengendalian yang lebih baik. Motosikal ini mempunyai penyerap hentak Öhlins  yang boleh laras sepenuhnya. Ia mempunyai diameter lebih besar dengan Öhlins fork depan 48mm diameter yang mempunyai teknologi NIX.

Motosikal ini juga datang dengan sistem anti kunci (anti-lock braking (ABS)). ABS jenis BOSCH meningkatkan prestasi brek, stabiliti dan keselamatan. KRGT-1 mempunyai kawalan tangan dan kaki terkini, termasuk klac Magura baru. Peningkatan baru ini memberi prestasi yang lebih baik dan keselesaan

ARCH KRGT-1: MEMBUAT PESANAN

Sumber gambar: ARCH Motorcycle

Bahagian terbaik dari semua ini adalah ARCH Motorcycle KRGT-1 baru yang menakjubkan ini sedang dalam pengeluaran dan sedia untuk dibeli. Bagi mereka yang berminat, anda boleh layari archmotorcycle.com untuk mula proses pesanan anda.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan