PELUMBA EMX125 TERMASUK KAY KARSSEMAKERS, IVANO VAN EROP DAN MAIRUS PUMPURS.

2020 EMX125 Line-up | Sumber gambar: Yamaha Racing

Yamaha Motor Europe telah mengumumkan pasukan MJC Yamaha Official EMX125 Team akan mempunyai pelumba-pelumba muda dan baru bagi EMX125 Championship 2020. Nama tiga pelumba ini ialah Kay Karssemakers, Ivano Van Erp dan Mairus Pumpurs. Dua terdahulu merupakan juara Junior Motorcross World Champion manakala Pumpurs adalah pemenang terkini bagi YZ125 bLU cRU FIM Europe Cup 2019.

Pada usia 15 tahun sahaja, Kay Karssemakers telah membawa namanya ke arena global. Pelumba Belanda ini telah menjulang banyak kejuaraan dari pelbagai World Championship. Ini termasuk Junior Motorcross World Championship 65cc 2015. Dia juga mempunyai dua pingat gangsa di FIM Junior Motorcross World Champion edisi 2017 dan 2019. Pada 2019 dia membuat penampilan pertama EMX125 dan selesai dengan tiga 10 teratas perlumbaan.

Related Post

Rakan senegara Ivano van Erp, 14 tahun, sebaliknya dikenali sebagai Junior Motorcross World Champion 65cc 2017. Latvian Mairus Pumpurs mendapat perhatian ramai dengan prestasinya dalam program YZ125 bLU cRU FIM Europe Cup.

Kesemua tiga pelumba akan berlumba pada 2020 atas jentera YZ125 dengan kit GYTR. Kejohanan EMX125 adalah siri lapan pusingan. Ia berbetulan dengan pusingan FIM MXGP World Championship di UK, Belanda, Sepanyol, Portugal, Belgium, Sweden, Finland dan Itali.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan