Categories: Berita

Harley-Davidson mendedahkan angka prestasi terakhir LiveWire

Harley Davidson Livewire | Sumber gambar: Auto News

Awal tahun ini kami mendapat tahu tentang projek elektrik baru dari Harley-Davidson, LiveWire, dan buat masa sekarang jenama Amerika ini telah berjanji untuk mendedahkan nombor prestasi akhir motosikal elektrik pertama mereka. Di Geneva International Motor Show yang sedang berlangsung, Harley-Davidson telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai LiveWire.

Menurut jenama yang berpusat di Milwaukee, motosikal elektrik akan bermula pengedaran Eropah pada suku akhir 2019 tetapi tempahan sudah pun bermula bagi kebanyakan negara antarabangsa di www.h-d.com/LiveWire.

Bagi angka prestasi, Harley-Davidson mengesahkan bahawa kelajuan tertinggi adalah terhad pada 180 km/h dan motosikal ini akan mempunyai tiga kemungkinan berbeza untuk mengecas bateri. Apa yang kami tidak ketahui adalah angka pecutan terakhir dan jaraknya.

Related Post

Menurut siaran akhbar Harley-Davidson, 0-100 km/h berlaku dalam 3 saat, manakala pecutan dari 100 km/h ke 130 km/h hanya mengambil 1.9 saat. Satu prestasi yang hebat seperti yang kami biasa lihat pada motosikal-motosikal Harley-Davidson.

Harley Davidson Livewire | Sumber gambar: Visordown

Selain daripada itu, Harley-Davidson juga mengumumkan di Geneva bahawa jarak LiveWire akan berada antara 225 km bagi tunggangan di bandar ataupun serendah 142 km bagi beberapa kombinasi tunggangan, bermakna tunggangan di lebuh raya dan berhenti dan pergi di bandar.

Sekarang ia hanya soal masa sahaja sebelum kami melihat Harley-Davidson LiveWire di jalan raya. Kami amat teruja dan tidak sabar untuk mendengar bunyi yang dihasilkan oleh enjin elektrik Revelation yang menurut Harley-Davidson akan memberi para penunggang satu perjalanan yang penuh dengan emosi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan