Categories: Sukan Motor

MotoGP – Masalah penajaan bagi pasukan Ducati Mission Winnow

Ducati Mission Winnow Team | Sumber gambar: Ultimate Motorcycling

Dulu, ia berlaku di Australia dan kini di Itali juga. Penaja utama baru bagi pasukan factory Ducati di MotoGP, Mission Winnow, sedang dikejar oleh organisasi Itali yang sedang mempertahankan MotoGP dan peminat dari penajaan tembakau walaupun mereka hanya jenis bawah sedar. Organisasi Itali ini telah mempunyai kemenangan pertama mereka dan pasukan Formula1 Ferrari telah memutuskan untuk menyingkirkan Mission Winnow daripada nama rasmi mereka. Kami masih tidak tahu jika Ferrari juga akan mengeluarkan logo Mission Winnow daripada kereta perlumbaan mereka.

Namun untuk Ducati, pertempuran ini baru sahaja bermula. Bagi organisasi Itali Codacons, Mission Winnow hanyalah sebuah syarikat yang merupakan sebahagian besar daripada kumpulan besar Philip Morris. Seperti yang kami semua sedar, Philip Morris merupakan nama terbesar dalam industri tembakau dan untuk beberapa tahun mereka telah menaja beberapa pasukan lumba dari beberapa sukan, termasuk MotoGP.

Sejak Ducati bercadang untuk menyertai MotoGP, Philip Morris menyokong pasukan Itali dengan wang dan pada permulaan sehingga 2007, peminat MotoGP menyaksikan jentera perlumbaan Ducati diliputi dengan logo Marlboro pada fairings sebelah. Apabila kebanyakan negara memutuskan untuk melarang sebarang tajaan yang berkaitan dengan tembakau, logo Marlboro hilang daripada motosikal, tetapi Phillip Morris masih terus menaja pasukan factory dengan melabur banyak wang untuk mendapatkan Ducati di atas podium.

Related Post

Musim ini pula, Philip Morris telah menjumpa salah satu cara untuk mengelak peraturan dan melalui Mission Winnow, logo mereka boleh didapati pada fairing Ducati Desmosedici GP19. Perkara ini telah menarik perhatian organisasi Codacons dan kini Ducati mempunyai masalah pada tangan mereka beberapa hari sebelum perlumbaan pertama musim di Losail, Qatar.

Phillip Morris, melalui jurucakap antarabangsa Tomasso di Giovanni, telah mengatakan bahawa Mission Winnow tidak mempromosikan tembakau, tetapi sebaliknya adalah sebuah syarikat yang berdedikasi untuk membangun dan mencari cara untuk membantu perokok di seluruh dunia untuk menyerah ketagihan tembakau mereka.

Adakah kes ini, yang sudah diadili di mahkamah Itali, bermakna Ducati perlu mengeluarkan logo Mission Winnow dari Desmosedici GP19 mereka?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah