Categories: Berita

Citroen menunjuk cara untuk mengangkut motosikal anda dengan gaya!

Kamu tahu ini bukan mengenai sebuah motosikal baru ataupun aksesori tetapi di Dusseldorf Caravan Salon di Jerman, pengilang kereta Perancis Citroen menunjukkan salah satu cara terbaik untuk mengangkut motosikal anda dan pada masa yang sama meluangkan masa anda dengan keluarga.

Jumper Biker Solution baru ini didedahkan di acara Jerman minggu ini dan ia adalah karavan automatik yang direka untuk mengangkut dua motosikal secara selamat dan mudah.

Direka untuk memudahkan hidup penunggang motosikal yang banyak melancong dengan keluarga mereka, ciri yang paling menarik pada Citroen Jumper Biker Solution adalah tanjakan yang membolehkan pemilik untuk menyimpan motosikal di dalam van. Setelah di dalam, mereka akan dilindungi dengan rel khas untuk memastikan mereka tidak bergerak semasa dalam perjalanan ke tempat cuti kegemaran ataupun trek!

Related Post

Oleh kerana van ini direka untuk menjamin keselamatan semua ahli keluarga semasa dalam perjalanan dan walaupun ruang dimana motosikal disimpan pada bahagian belakang agak sempit, Citroen telah memasang semua ciri yang biasanya kita lihat dalam jenis kenderaan ini: katil, kerusi, bilik mandi dan dapur, selain butiran kecil lain yang diperlukan oleh sesiapa semasa masa bercuti.

Citroen belum mengumumkan bila dan jika Jumper Biker Solution akan dilancarkan tetapi kami amat gembira bahawa sebuah pengilang kereta sedang memikir tentang cara untuk memudahkan lagi kehidupan kami.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan