Categories: Berita

Yamaha Aerox (NVX) 155 dapat traction control untuk 2023

YAMAHA AEROX (NVX) 155 SERBA BARU MENDAPAT SET NAIK TARAF BARU TAHUN INI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha telah mengemas kini skuter popular, Yamaha Aerox 155 untuk 2023 bagi pasaran India.

Lebih dikenali sebagai Yamaha NVX 155 di Malaysia, skuter anjakan 155cc telah dinaik taraf dengan sistem ‘traction control’ (TCS).

Related Post

Aerox 155 adalah skuter 155cc kedua selepas Augur 155 yang menerima elektronik baharu.

Untuk rekod, TCS meningkatkan prestasi tunggangan Aerox 155 dengan mengurangkan putaran roda dan memastikan pergerakan yang lebih cekap dalam apa jua keadaan tunggangan. Menurut Yamaha India, Aero 155 juga mempunyai sistem OBD-II (diagnostik on-board).

Aerox 155 masih menampilkan enjin 155cc Blue Clore 4-lejang SOHC dengan VVA. Ia mampu menghasilkan 14.7hp pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,500rpm. Yamaha Aerox 155 juga didatangkan dengan lampu kecemasan sebagai standard.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah