DUCATI SECARA RASMI MENGUMUMKAN PENGELUARAN DUCATI MULTISTRADA V4 BARU DENGAN TEKNOLOGI RADAR DEPAN DAN BELAKANG!

Ducati secara rasmi mengumumkan penghasilan Ducati Multistrada V4 telah pun bermula di kilang Borgo Panigale. Dengan lebih dari 110,000 unit dihasilkan, Ducati Multistrada V4 akan motosikal pengeluaran pertama di dunia untuk mendapat teknologi radar depan dan belakang. Selain itu, generasi keempat Ducati Multistrada akan mendapat enjin ringan dan kompak baharu. Ducati mengatakan enjin baru ini direka untuk memenuhi keperluan untuk “adventouring” tanpa mengabaikan emosi dan kesukanan. Enjin baru ini menawar maintenance interval yang kami tidak sabar lihat. Ducati berjanji untuk mendedahkan semua butiran mengenai enjin baru pada 15 Oktober 2020. Pelancaran rasmi Ducati Multistrada V4 ditetapkan untuk 4 November 2020.

TEKNOLOGI RADAR DUCATI MULTISTRADA V4

Minat Ducati dalam teknologi radar baru ini mula sejak 2016 dimana mereka telah bekerjasama dengan Jabatan Elektronik, Maklumat dan Bioengineering (Department of Electronics, Information and Bioengineering of Politecnico) di Milano untuk menjalankan eksperimen sistem serupa. Berikutan itu, Ducati berusaha untuk mewujudkan sistem bantuan menunggang dengan penggunaan radar bersama dengan Bosch.

Ducati Multistrada V4 dilengkapi dengan dua unit radar kompak. Dengan dimensi 70x 60x 28mm dan berat hanya 190 gram; Ducati mengatakan unit radar seiras dengan kamera aksi moden.

Related Post

Radar depan mengawal Adaptive Cruise Control (ACC) dengan cara pengereman dan pecutan terkawal untuk menyesuaikan jarak dari kenderaan di depan. Boleh dipilih dari empat tahap, sistem ini dapat digunakan ketika menunggang antara 30 km/j – 160 km/j. Namun, Ducati mengatakan kawalan nyahpecutan dan pecutan telah terhad. Ini untuk memastikan penunggang dapat mengawal kenderaan secara berterusan sepanjang masa.

Sebaliknya, tujuan radar belakang adalah untuk mengesan dan memberi amaran pada kenderaan yang berada tempat buta. Ini termasuk kenderaan yang tidak dapat dilihat langsung oleh penunggang dan kenderaan yang tidak dapat dilihat melalui cermin pandang belakang. Selanjutnya, bekerjasama dengan sistem Blind Spot Detection (BSD); sistem ini juga memberi isyarat kepada kenderaan yang menghampiri dari belakang dengan kelajuan tinggi.

Walaupun perincian lebih mendalam terhad buat masa ini, kita hanya perlu menunggu sehingga Ducati secara rasmi melancarkan Ducati Multistrada V4 yang baru.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan