LAPORAN TERKINI DARI SUZUKI MALAYSIA PADA LAMAN RASMI FB MEREKA MENGESAHKAN KEPULANGAN MEREKA KE PASARAN MALAYSIA.

Jika anda tidak tahu, Suzuki telah undur diri dari pasaran Malaysia beberapa tahun lalu dengan penutupan kilang pengeluaran dan pengedar di seluruh negara bagi kereta dan motosikal. Ini adalah berita baik bagi peminat Suzuki di Malaysia – SUZUKI AKAN KEMBALI KE MALAYSIA! Ia telah disahkan. Suzuki Motor Malaysia baru mengumumkan kepulangan mereka ke pasaran Malaysia melalui beberapa pos pada laman rasmi FB mereka. Walaupun ini mengesahkan kepulangan Suzuki Motorcycles ke Malaysia, kepulangan kereta Suzuki masih belum diketahui. Manakala, sebelum ini, laporan dari media tempatan mendakwa Suzuki mungkin akan kembali dengan kereta mereka. Memandangkan Suzuki Motor secara rasmi telah mengumumkan kepulangan mereka, kemungkinan kereta Suzuki juga membuat pulangan ke pasaran Malaysia nampaknya tinggi.

Selepas mengumumkan kepulangan mereka, Suzuki Malaysia membuat satu lagi pos dengan logo GSXR dan slogan “Greatness is around the corner, Stay Tuned” yang membuat kita fikir bahawa Suzuki akan kembali dengan kuat dan kita tidak sabar untuk melihat apa yang akan mereka bawa!

Related Post

Melihat komen-komen di bawah pos mereka, kita dapati ramai peminat Suzuki teruja sudah meminta Suzuki Malaysia untuk membawa model kegemaran mereka.

Adakah anda teruja untuk mendengar berita ini? Beritahu pendapat anda di bahagian komen di bawah!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah