Tahun lepas, Curtiss Motorcycles telah mereka satu prototaip motosikal elektrik di bawah jenama baharu mereka. Syarikat ini telah mempamerkan prototaip tersebut, Zeus, pada Quail Motorcycle Gathering 2018. Kali ini pula, mereka telah mengumumkan harga untuk motosikal elektrik baru ini.

Zeus boleh didapati dalam dua varian, iaitu Cafe Racer dan Bobber. Cafe Racer mempunyai ciri penuh prototaip asal dengan beberapa ciri modern manakala Bobber mempunyai gaya luar yang lebih agresif. Kedua-dua model ini mempunyai tanda harga sebanyak $60,000.

Related Post

Terdapat perdebatan mengenai nilai motosikal ini.  Maklumat mengenai spesifikasi penuh Zeus sukar didapati tetapi apa yang kita tahu ialah ia mampu gerak hingga kira-kira 280 batu setiap caj. Jarak gerak bateri agak menarik dan nampaknya ia menjustifikasikan harga motosikal ini. Ini akan menjadikan motosikal ini paling berharga dalam pasaran semasa. Motosikal ini mampu menghasilkan 190 hp dan tork 145lb-ft pada 475lb.

Motosikal ini mempunyai gaya futuristik, seperti yang didapati dari filem sci-fi. Rangka modular Zeus terdiri daripada aluminium dan carbon fiber. Ia disokong oleh roda 17 inci dan tayar Pirelli Diablo Rosso. Ia juga mempunyai swingarm aluminium dengan sebuah monoshock pada bahagian belakang.

Curtiss akan memulakan tempahan dalam talian untuk Zeus dengan deposit $6,000. Penghantaran akan bermula pada awal 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan