Mutt Motorcycles dari Birmingham telah mereka versi RS-13 125 baru dengan warna hitam.

Motosikal ini mempunyai 12bhp disejukkan udara dan disokong oleh jaminan komprehensif selama dua tahun. Ia mampu mencecah kelajuan maksimum 70mph dan juga disesuaikan dengan penunjuk LED, roda 18 inci, tayar deep treat dan tangki minyak buatan tangan yang diberi jalur hitam dan logo Mutt. Motosikal ini mempunyai lampu belakang LED, bar rata hitam Renthal dan pelindung lumpur aluminium yang juga berwarna satin hitam.

Related Post

Silinder tunggal empat lejang dengan suntikan bahan api dipasang pada transmisi lima-kelajuan. Ia juga diperhatikan bahawa sebahagian besar peralatan mekanik diperoleh daripada bahagian Suzuki yang dibina oleh lesen Cina.

“RS-13 sememangnya hanya tulang. Kami mengambil casis kami dan menambah tayar kontinental yang luas, memotong bahagian belakang rangka lebih pendek, menambah pelidung lumpur belakang kecil dan tempat duduk dijahit berlian,” kata ketua mekanik Mutt Benny Thomas.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah