FABIO QUARTARARO TERPANTAS DI SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT, MALAYSIA.

PETRONAS Yamaha SRT | Sumber gambar: Yamaha Racing

Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli dari PETRONAS Yamaha SRT sudah mula sesi ujian di Sepang International Circuit (SIC) dengan hebat setelah masing-masing selesai dalam kedudukan pertama dan ke-13. Kedua-kedua pelumba telah menjamin keputusan menakjubkan selepas mendapat pengalaman dan ilmu penting ketika mereka bersedia untuk musim baru pada bulan depan di Qatar.

PETRONAS Yamaha SRT akan mempunyai masa untuk mengumpul maklumat lebih sebelum menuju ke Qatar untuk uji rasmi MotoGP. Perlumbaan itu akan berlangsung di Losail International Circuit pada Februari 22 dan 24.

FABIO QUARTARARO (PETRONAS YAMAHA SRT)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Yamaha Racing

“Hari ini agak sukar bagi kami, kerana ia tidak mudah untuk mendapat kelajuan yang kami mahu untuk mendapat pusingan yang baik pagi ini, tetapi secara keseluruhan saya amat puas. Kami membuat 12 pusingan panjang dalam keadaan cuaca terik dan tiada sesiapa atas trek. Kelajuan terbaik kami adalah 1min 59 saat dan terendah adalah 2min. Suhu pada trek adalah 55 darjah dan tiada sesiapa atas trek jadi ia adalah satu keadaan trek paling teruk kami dapat hari ini.”

Related Post

“Kami sedang berusaha untuk membaiki kelajuan dan berharap di Qatar kami akan mengambil satu lagi langkah depan. Matlamat saya kini sudah berubah sedikit; Kami ingin jangka masa yang lebih baik kerana kini kami tahu bahawa kami adalah pantas. Secara keseluruhan saya amat gembira dengan ujian pertama tahun ini atas motosikal 2020,” kata Quartararo seperti dipetik dari Yamaha Racing.

FRANCO MORBIDELLI (PETRONAS YAMAHA SRT)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Yamaha Racing

“Saya asa agak gembira dengan ujian ini kerana kami banyak bekerja dan kami memahami banyak perkara mengenai motosikal baru. Saya juga sudah rasa yakin dengan motosikal baru. Kami tidak menggunakan tayar lembut hari ini untuk membuat serangan masa, kami menggunakannya semalam. Jadi saya fikir itulah sebabnya kita tidak capai masa yang kita ingini hari ini. Tetapi walaupun dengan tayar biasa pada masa menyerang kelajuan kami tidak begitu jauh dari atas. Saya faham banyak dari tiga hari ini dan kita tahu apa yang kita perlukan untuk bekerja di Qatar. Ia secara keseluruhannya adalah satu ujian yang baik dan saya tidak sabar ke Qatar sekarang dan ingin melakukan pekerjaan yang baik di sana juga.”

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan