Categories: Berita

Diskaun saman 70% JPJ & SPAD dari 1 – 31 Ogos 2020

PADA BULAN MEI PDRM TAWAR DISKAUN SAMAN 50% . UNTUK GISI 2020 JPJ & SPAD SEDANG MENAWAR DISKAUN SAMAN 70% BAGI BULAN MERDEKA!

Pada awal Mei 2020, PDRM menawar diskaun 50% untuk saman trafik. Bagi Ogos 2020, JPJ & SPAD sedang menawar diskaun 70% untuk saman mulai 1 hingga 31 Ogos 2020 sempena bulan merdeka. Walaupun kami sudah membuat pengumuman tentang tawaran ini, kami ingin membuat kemas kini bagi mereka yang terlepas.

BUTIRAN DISKAUN SAMAN 70% JPJ DAN SPAD 2020 | INFO BAYARAN SAMAN OGOS 2020

Seperti yang kami maklum, bayaran bagi saman boleh dilakukan di cawangan JPJ dan UTC negara. Jika anda tidak mempunyai masa untuk membuat demikian, anda juga boleh membuat bayaran atas talian dengan diskaun melalui JPJ mySIKAP Portal dan JPJ Mobile atau Kiosk JPJ. Jangan lupa, diskaun merdeka 70% hanya tertakluk dari 1 hingga 31 Ogos 2020. Bagi mereka yang disenarai hitam, mereka dikehendaki untuk hadir ke pejabat daerah atau cawangan JPJ mana-mana bagi proses dokumentasi sebelum urursan pembayaran dapat dilakukan.

TERMA DAN SYARAT:

Terma dan Syarat Diskaun Saman
Diskaun saman 70%

LAPORAN TERKINI:

Menurut laporan terkini, berikutan tawaran diskaun 70% untuk saman kompaun; Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumpulkan saman lalu lintas sebanyak RM3.85 juta dari 1 hingga 15 Ogos 2020!

Kenyataan dari RTD

“JPJ Selangor setakat ini mencatat kutipan tertinggi dengan RM620,157 daripada 8,165 saman yang diselesaikan.”

Related Post

“Seperti yang kita semua tahu, mereka yang mempunyai saman yang belum dibayar akan disenarai hitam dan ini akan menimbulkan masalah ketika melakukan transaksi dengan jabatan seperti memperbaharui lesen memandu dan kenderaan bermotor, memindahkan hak milik dan lain-lain.”

“Diskaun, yang berakhir pada 31 Ogos; ditawarkan bersempena dengan Bulan Kemerdekaan, dan sesuai dengan tema Hari Kebangsaan 2020 “Malaysia Prihatin.” – BERNAMA

Ingin memperbaharui cukai jalan anda atas talian? Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut: Renew Your Road Tax and Insurance Online With iMotorbike

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah