Farish Mengejar Gelaran Juara Cub Prix 2023

Md Farish Iqmal dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing berazam untuk mengumpul lebih banyak mata di Pusingan 7 Malaysian Cub Prix.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Farish yang berada di kedudukan keempat secara keseluruhan musim lepas kembali pada musim ini dengan prestasi yang berbeza.

Farish kini menduduki tempat kedua secara keseluruhan telahpun berjaya menaiki podium sebanyak tiga kali dengan kemenangan pertamanya di Litar Teluk Intan.

Setakat ini, Farish telah berjaya mengumpul sebanyak 89 mata dan mempunyai jumlah mata yang sama dengan kedudukan ketiga secara keseluruhan.

Menurut Farish, “Musim ini adalah musim pertama saya membawa motor jenis enjin “injection”. Oleh itu, memang sukar untuk saya mencari “setup” yang bagus dan masih banyak lagi untuk saya belajar.

Related Post

Selain itu, pelumba-pelumba di kategori ini juga agak kompetitif. Masing-masing agak hebat maka susah untuk mengekalkan kedudukan dan saya harus lebihkan usaha untuk sentiasa konsisten.”

“Di perlumbaan di Teluk Intan hari itu, saya berjaya mencari setup yang bagus untuk perlumbaan. Dengan itu, saya dapat bertanding di kelompok hadapan dan berjaya dengan strategi yang telah dirancang oleh pasukan saya.

Secara keseluruhan, saya agak berpuas hati dengan peningkatan prestasi saya berbanding dengan musim lepas.

Pesaing utama saya di musim ini adalah Amirun dan Emil kemahiran mereka memang hebat tetapi saya sentiasa “push” untuk memberikan saingan yang sengit kepada mereka. Litar Terengganu ini agak mencabar bagi saya kerana litar itu mempunyai banyak selekoh yang sempit dan berbahaya.

Tetapi, saya masih juga agak cuba untuk mendapat tempat ketiga teratas. Secara keseluruhan, saya ingin cuba untuk menjadi juara bagi musim ini.”

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz