ANDA BOLEH LUPA TENTANG ASTON MARTIN, ADAKAH JAMES BOND MENUNGGANG BMW K1000RS KUSTOM INI?

BMW K100RS kustom | Sumber gambar: Pipeburn

Pandemik Covid-19 telah menjejas ramai orang dalam sektor komersial dan kehidupan peribadi mereka. Baru-baru ini filem baru James Bond ‘No Time to Die’ telah ditangguhkan ke November 2020. Para peminat seluruh dunia telah mengemukakan kekecewaan mereka tetapi pada masa yang sama telah menunjuk empati. Sambil menunggu untuk filem ini, pembaca boleh nikmati BMW K100RS kustom ini oleh Tossa R- motosikal kustom tahap James Bond.

MENURUT PEMILIK TOSSA, TUDOR DUNEV, LATIHAN DAN PERSIAPAN DALAM PEMBANGUNAN MOTOSIKAL KUSTOM DIILHAM DARI KERJAYA SUKAN MOTOR EMPAT RODA TERMASUK DRIFT DAN KERETA RALI.

Pelumba Bulgaria telah mengumpul pelbagai piala dari pelbagai kejohanan. Antaranya adalah kejohanan VW Lupo Cup, lima kejohanan berturut-turut Bulgarian Touring Car, kejohanan European Drift King 2010 dan Bulgarian Eco Rally 2019. Pengalaman bertahun-tahun dalam sukan ini telah memberi Tudor kemahiran untuk menjalankan kedai kustom berjaya dengan ketukangan bermutu.

Sumber gambar: Pipeburn

Terdapat dua bahagian berasingan bagi Operasi Tudor, termasuk Top Drift Services dan Tossa R. Yang pertama berurusan dengan  pembaikan, penalaan, persediaan kereta drift dan lumba. Yang kedua pula memberi fokus terhadap motosikal kustom.

KEDAI INI TELAH BERJAYA BEKERJA DENGAN PELBAGAI MOTOSIKAL BERDASARKAN BMW. KALI INI PULA, TOSSA R TELAH MENDAPAT K100RS MELALUI PENDERMA.

Menurut Pipeburn, Tossa memberi motosikal ini enjin baharu. Mereka telah menggantikannya dengan beberapa peralatan baru seperti gasket dan meterai. Pasukan ini kemudian meliputi luaran enjin dengan salutan cat hitam. K100RS kini datang dengan penapis jenis cruiser-style pod. Ia juga termasuk satu set paip empat ke satu yang sambung pada muffler gentian karbon pada bahagian kanan dari bawah swingarm satu sisi.

Related Post

Sumber gambar: Pipeburn

Banyak kerja telah dibuat pada tempat duduk, termasuk subframe kustom yang memberi sokongan. Swingarm juga telah diperkuatkan dengan struktur tiub tambahan. Ini menghubungkan ke susunan mono-shock yang moden dan boleh dilaras. Penunggang kini boleh mengalami lebih banyak dengan kedudukan menunggang menyerang.

Ciri utama motosikal ini adalah skema catnya. Kebanyakan bahagian motosikal ini diliputi dengan hitam berkilat. Bahagian knee dent adalah metallic grey dan bahagian hitam pula mempunyai jalur emas. “007” emas boleh dilihat pada bahagian depan motosikal yang memberi lebih gaya kepada motosikal ini.

Tossa R membawa kehidupan dan keseronokan kepada motosikal Bavaria.

Sumber gambar: Pipeburn

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan