Categories: Berita

Zero Motorcycles dan Lightning Motorcycles sedia untuk melancarkan model baru

Lightning Strike Motorcycle | Sumber gambar: Cycle News

Jika anda terlepas, Zero dan Lightning telah bekerjasama untuk mengeluarkan sepasang motosikal generasi baru yang akan menarik perhatian anda. Kedua-dua syarikat ini akan mencabar persaingan dalam industri ini kerana mereka mempunyai beberapa rancangan serius untuk meningkatkan tahap mereka.

Zero telah pun berada dalam industri ini selama 13 tahun dan SR/F streetbike elektrik akan dilancarkan pada 25 Februari. Maklumat mengenai motosikal tersebut agak terhad tetapi beberapa sumber telah mendakwa ia adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka, dengan batteri 20kWh dan 120hp (89kW). Horsepower telah ditetapkan pada 120hp.

Ia dijangka terdapat dua versi motosikal ini iaitu faired dan naked.

Related Post

Lightning Strike Motorcycle | Sumber gambar: Motorcycle.com

Selain daripada itu, menurut Pengasas Lightning Richard Hatfield, sportbike middleweight elektrik LS-218 pastinya sesuatu yang akan meningkatkan tahap kita. Teaser bagi motosikal tersebut telah dikeluarkan.

Jarak untuk motosikal ini telah ditetapkan pada 150 batu (214 km) dan mempunyai mempunyai kelajuan tertinggi sebanyak 150 mph (241 km / j). Tag harga motosikal akan bermula dari USD12,998.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah