JUARA BERTAHAN COOPER WEBB MENDAPAT TEMPAT KEDUA DI SALT LAKE CITY.

Cooper Webb dan pasukan Red Bull KTM Factory Racing telah kembali ke perlumbaan AMA Supercross pada Ahad. Juara bertahan 450SX mendapat tempat kedua dalam perlumbaan “made-for-tv” pertama daripada tujuh yang akan berlangsung dalam Stadium Rice-Eccles Salt Lake City dalam tempoh empat minggu akan datang.

Webb kini menduduki di tempat ketiga keseluruhan dalam kedudukan kejohanan dan hampir mendapat kejuaraan berturut-turut dalam situasi unik ini untuk Kejohanan AMA Supercross 2020. Webb telah layak di kedudukan keempat keseluruhan atas KTM 450 SX-F Factory Edition sebelum berbaris atas 450SX di Heat 1. Pada acara utama, Webb bermula dari kedudukan keenam sebelum berjuang hingga ketiga. Selepas perlumbaan yang sengit dia akhirnya melintasi garisan di tempat kedua.

Related Post

COOPER WEBB ( PASUKAN RED BULL KTM FACTORY RACING)- APA YANG DIJANGKA?

“Bagus untuk kembali berlumba. Hebat hanya dapat melakukan perkara yang kita sukai. Saya bersaing di sana pada awalnya – kami semua tersekat- dan saya benar-benar dapat memotong Eli [Tomac] tetapi kemudian dia memotong kami dan benar-benar membuat beberapa pusingan yang baik. Semasa pertengahan perlumbaan, saya sedikit kehilangan kelajuan dan pada akhirnya, saya benar-benar berusaha keras. Namun, saya terlepas rentak, dan itu sangat perlukan untuk menangkapnya.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan