KAWASAKI MEMPUNYAI DUA SEBAB UNTUK MENYAMBUT. KAWASAKI MEMENANGI SUZUKA 8 HOURS DAN KAWASAKI SRC MENJADI JUARA DUNIA.

Semasa hujung minggu yang lepas, perlumbaan terkenal Suzuka 8 Hours telah menamatkan musim FIM World Endurance Championship. Walaupun ramai peminat perlumbaan ketahanan berminat untuk lihat siapa akan menjadi juara dunia baru, tarikan utama adalah saingan untuk kemenangan keseluruhan Suzuka 8 Hours.

Selepas empat tahun dimana kami telah lihat Yamaha Factory Racing memenangi perlumbaan ini, musim ini pula adalah untuk pengilang lain untuk mendapat kemenangan tersebut.

Bermula dari posisi depan, Yamaha Factory Racing (Michael van der Mark, Alex Lowes, dan Katsuyuki Nakasuga) mempunyai matlamat untuk menakluk rekod kemenangan kelima dalam Suzuka. Namun, pada permulaan perlumbaan, Yamaha Factory telah hilang pendahulu.

Tanpa sebarang masalah semasa perlumbaan, kemenangan itu diputuskan oleh tiga pemain utama dalam 30 minit terakhir: Yamaha Factory Racing, Kawasaki Racing Team (Jonathan Rea, Leon Haslam, dan Toprak Razgatlioglu) dan Red Bull Honda (Takumi Takahashi, Ryuichi Kiyonari , dan Stefan Bradl).

Dengan hanya 30 minit lagi, Kawasaki akhirnya mendahului dengan Jonathan Rea yang memotong Takumi Takahashi. Dua puluh saat di belakang mereka jentera Yamaha dengan Alex Lowes tidak mempunyai peluang untuk bertanding.Tetapi perkara banyak berubah dalam lima minit terakhir!

Enjin Suzuki SERT mengalami kerosakan. Penunggang melintasi trek dari satu sisi ke yang lain dan meninggalkan permukaan litar dengan minyak. Race Direction tidak memberi arahan kepada track marshal untuk menunjukkan bendera merah, jadi perlumbaan diteruskan seperti biasa.

Pada pusingan terakhir dan apa yang kelihatan seperti kemenangan yang mudah, Jonathan Rea mengalami kemalangan setelah melalui bahagian trek dengan minyak. Pada masa itu, 1m30s hingga akhir 8 jam, Race Direction memutuskan untuk memberi arahan untuk menunjukkan bendera merah dan menamatkan perlumbaan.

Related Post

Dalam minit-minit pertama selepas akhir perlumbaan, Race Direction mengumumkan Yamaha Factory Racing sebagai pemenang. Alex Lowes memberikan semuanya dan telah memotong Honda # 33 sebelum akhir perlumbaan. Tetapi Kawasaki Racing Team tidak menerima keputusan itu dan membentangkan protes.

Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Kawasaki, Race Direction memutuskan untuk menyerahkan kemenangan kepada Pasukan Kawasaki Racing. Ia adalah kali kedua Kawasaki memenangi perlumbaan Suzuka 8 Hours. Yamaha Factory Racing turun ke tempat kedua, dan Red Bull Honda menduduki tempat ketiga.

Tetapi kemenangan perlumbaan bukanlah satu alasan sahaja untuk Kawasaki menyambut di Suzuka!

Dengan persaraan Suzuki SERT dari perlumbaan, seperti yang dinyatakan sebelum ini, gelaran World Endurance Championship pergi ke pasukan Kawasaki SRC yang terdiri daripada David Checa, Jérémy Guarnoni, dan Erwin Nigon. Ini kali pertama pasukan ini menjadi juara FIM WEC.

Untuk musim depan akan ada beberapa perubahan dalam FIM World Endurance Championship. Perubahan utama adalah penambahan litar Sepang pada kalendar 2019/2010. Kalendar akhir dan rasmi masih belum diumumkan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan