Categories: Berita

Voltz Motors akan mengumumkan motosikal elektrik baru?

JIKA ANDA TIDAK PERNAH DENGAR TENTANG VOLTZ MOTORS, INI ADALAH PELUANG ANDA UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG SYARIKAT INI!

Voltz Motors | Sumber gambar: Electrek

Terdapat spekulasi bahawa syarikat motosikal elektrik Brazil, Voltz Motors akan mengumumkan model baru tidak lama lagi. Dikenali untuk skuter elektrik EV01, terdapat kemungkinan untuk versi kemas kini dan besar. Menurut Electrek, motosikal elektrik EVS akan debut bersama dengan pembukaan kedai perdana baru Voltz Motors di Sao Paulo pada bulan Ogos ini.

Menurut sumber yang tidak dinama, “Ia akan menjadi skuter elektrik pintar kerana jumlah besar teknologi yang ada dalam motosikal ini dan kemungkinan untuk beberapa kombinasi bagi pek batteri.”

Sumber gambar: Electrek

Related Post

RideApart mengatakan bahawa walaupun terdapat gambar yang meragukan, motosikal naked itu menyerupai Zero SR/F. Bentuknya menunjukkan betapa besarnya tayar, seperti Honda Grom. Ia mempunyai papan pemuka berwarna LCD. Ia mungkin dilengkapi dengan sambungan telefon pintar dan navigasi satelit. Motosikal elektrik secara perlahan meningkatkan penggunaan peranti IOT hari ini.

Walaupun begitu, Voltz Motors tidak menunjukkan model baru di laman web mereka dengan hanya skuter elektrik EV01 yang dipamerkan. Kita mesti menunggu maklumat lebih lanjut untuk mengesahkan sebarang siaran baru.

Sumber gambar: Electrek

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah