HARGA KAWASAKI NINJA ZX-25R DIUMUMKAN DAN PRA-TEMPAHAN KINI DIBUKA DALAM PASARAN KETIGA, NEW ZEALAND. BERITA BAIK BAGI PEMINAT ZX-25R?

Kawasaki Indonesia ditetapkan untuk melancar Kawasaki Ninja ZX-25R pada April. Malangnya oleh sebab pandemik COVID-19, pelancaran tersebut terpaksa ditangguhkan di Indonesia. Selain itu, pandemik ini juga telah menjejaskan pelancaran motosikal ini di tempat lahirnya, Jepun. Namun, berita baik bagi kita ialah X-25R kini secara rasmi akan memasuki negara ketiga – New Zealand!

Di New Zealand, ZX-25R mempunyai harga $15,990 NZD, iaitu sekitar RM44,490 atau 10,400 USD. ZX-25R tidak akan mempunyai stok di New Zealand sebaliknya ia akan diimport berdasarkan pra-tempah (yang sudah mula). Penghantaran motosikal bagi New Zealand dijadualkan untuk Disember, yang bermakna ZX-25R akan memasuki pasaran Asia lain jelang bulan Julai-Ogos.

Related Post

Beberapa bulan lalu, kami membuat spekulasi harga sekitar RM 40,000 / USD 10,000 dan kini pengumuman rasmi memberi kami gambaran lebih dekat mengenai harga sebenar ZX-25R. Untuk motosikal 250cc, harga kelihatan agak tinggi tetapi memandangkan kos pengeluaran untuk jentera empat silinder sejenis ini dan ZX-25R tidak mempunyai saingan langsung; harga ini tidak begitu teruk.

Tahukah anda, peminat ZX-25R di Malaysia menghantar spam ke media sosial Kawasaki Malaysia untuk membawa ZX-25R ke Malaysia? Ya, ini mungkin agak melampau tetapi ini jelas menunjukkan bagaimana peminat di seluruh dunia tidak sabar menunggu atau berusaha memasukkan ZX-25R ke negara mereka.

Sumber: Kawasaki New Zealand

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan