Categories: BeritaKonsep & Kustom

Black Matter : Motosikal kustom dari Barbara Custom Motorycles

Semua orang adalah peminat motosikal kustom.

Jika anda tidak meminati motosikal kustom, mungkin motosikal ini akan mengubah fikiran anda. Barbara Custom Motorcycles telah mendedahkan beberapa reka cipta prototaip yang disifatkan sebagai futuristik.

Dikenali sebagai Black Matter, reka bentuk motosikal ini amat unik dan diliputi dengan cat hitam yang memberikan motosikal ini aura misteri. Pada mulanya, imej motosikal ini sangat mengagumkan tetapi ia masih belum dimasukkan ke dalam 3D. Reka cipta kini masih dalam fasa pembangunan.

Related Post

“Ingin menukar warna, menguji tangki baru, ingin pelana baru, sistem ekzos baru ataupun penyediaan lengkap? Sama ada anda seorang penyedia atau individu persendirian, Barbara membantu anda menyediakan motosikal masa depan anda di Photoshop. Gambarkan secara tepat apa projek anda sebelum menyampaikannya”, seperti yang dikata oleh Barbara Custom Motorcycles.

Bawa motosikal kegemaran anda dan ia akan dipertingkatkan mengikut keinginan anda!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan