Novus Electric Motorbike | Sumber gambar: Pinterest

Syarikat kecil start-up  yang berdedikasi kepada dunia motosikal semakin banyak menceburi kuasa elektrik, dan jenama Jerman Novus mempunyai e-motosikal baru yang mungkin mencetuskan minat anda, bukan hanya kerana ia sangat ringan, tetapi ia juga agak cantik!

Motosikal elektrik Novus mempunyai rangka monocoque yang diperbuat daripada karbon fiber dan mempunyai bateri lithium-ion dengan kapasiti 14,4 kWh yang dipasang serendah mungkin untuk membolehkan pengendalian yang lebih sporty. Jenis pembinaan ini membolehkan Novus untuk mendapat berat hanya sebanyak 39 kg, menjadikannya seringan basikal elektrik.

Dibina untuk kegunaan bandar, Novus akan memberikan masa perjalanan selama tiga jam atau 100 km dalam perjalanan bandar, bateri akan mengecas 80% daripada kapasiti penuh dalam 1 jam, dan jenama Jerman mengatakan bahawa motor elektrik, di dalam roda belakang dan bukan pada rangka seperti biasa, mampu mencapai tahap kelajuan sehingga 100 km / j dalam masa yang singkat, oleh kerana tork maksimum 200 Nm.

Novus Electric Motorbike | Sumber gambar: Pinterest

Ia amat sukar untuk percayai bahawa enjin elektrik kecil ini mampu menjana tork sebanyak 200 Nm kepada roda belakang kerana motosikal elektrik yang lain, dan yang lebih berkuasa, tidak dapat mencapai prestasi seperti itu. Dalam kes ini, kita perlu mempercayai nombor yang diberi oleh Novus.

Related Post

Integrasi telefon pintar adalah salah satu ciri yang boleh didapati pada Novus ini di mana dengan telefon pintar peribadi penunggang akan berfungsi sebagai papan pemuka digital dengan semua info mengenai enjin elektrik dan bateri.

Tetapi motosikal elektrik ini tidak hanya cekap dan mudah ditunggangi. Ia juga cantik.

Reka bentuk minimalis disiapkan dengan karbon fiber, lampu LED dimasukkan ke dalam rangka badan dengan satu cara sehingga mereka hampir tidak dapat dilihat, manakala roda spoke dan cakera brek diameter kecil pada bahagian hadapan menyiapkan pakej.

Malangnya, motosikal elektrik Novus akan dibina dalam jumlah yang kecil, hanya 1000 unit, dan ini akan menjadikan motosikal elektrik ini lebih mahal. Novus mengatakan bahawa harga adalah 35.000 euro (RM164.351).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan