Ducati Desmosedici GP19 | Sumber gambar: Paul Tan

Sesi uji pra-musim adalah satu acara bagi pasukan-pasukan MotoGP untuk membuat analisis tentang penambahbaikan yang dilakukan pada jentera mereka semasa cuti musim sejuk. Pada sesi uji di Sepang, yang kami telah liputi untuk dua hari yang lalu, kami mendapati terdapat beberapa bahagian baru pada setiap prototaip pengeluar MotoGP. Tetapi satu motosikal telah menarik perhatian kita lebih daripada yang lain: The Ducati Desmosedici GP19.

Dianggap oleh ramai orang sebagai motosikal yang terbaik musim lepas, Desmosedici GP19 dibangunkan oleh Ducati Corse di bawah pimpinan Gigi Dall’lgna dan prototaip Itali ini sedang berjalan seperti yang diharapkan dengan kedua-dua pelumba factory Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci, serta Jack Miller, dengan motosikal Pramac Ducati, mendapat masa pusingan yang baik pada trek Malaysia.

Tetapi satu perkara telah mendapat perhatian semua orang: Triple clamp (atau top yoke) pada spesifikasi kilang Desmosedici GP19 mempunyai bahagian baru.

Ducati Corse buat sementara waktu tidak mengata apa-apa mengenai perkara ini dan juga tentang bahagian baru yang dipasang dengan triple clamp. Kebanyakan wartawan telah mula menguraikan beberapa teori mengenai bahagian rahsia ini.

Related Post

Ducati Desmosedici GP19-5 | Sumber gambar: Bikes Republic

Teori yang sedang mendapat sambutan yang positif daripada para peminat adalah bahagian baru ini yang bertindak sebagai pengawal untuk stereng damper, satu cara untuk penunggang menyesuaikan stereng damper dengan cepat. Peraturan teknikal mengatakan bahawa ia dilarang untuk menggunakan mana-mana sistem elektronik untuk mengawal peredam, jadi Ducati Corse dan Gigi Dall’Igna mungkin telah menemui cara untuk membiarkan penunggang factory mereka mengubah stereng damper tanpa memerlukan mereka untuk berhenti di pit lane.

Portal berita GPOne berkata bahagian rahsia pada triple clamp adalah satu cara bagi pelumba untuk melaraskan penyerap hentak belakang supaya mereka mendapat kawalan lebih baik semasa memecut. Ini akan menjadi sangat penting pada permulaan perlumbaan, di mana hujung belakang motosikal cenderung semasa pemecutan, menghantar roda hadapan ke udara.

Apa juga pun bahagian baru ini yang dipasang pada triple clamp Ducati Desmosedici       GP19, Ducati Corse percaya ia berfungsi dan mereka memberi Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci bahagian khas baru ini untuk menghadapi pesaing mereka dengan jentera yang lebih baik.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan