Categories: BeritaSukan Motor

HRC GROM spek lumba dan HRC GROM CUP diumumkan untuk Jepun!

BERIKUTAN PELANCARAN HONDA GROM MSX BARU, HRC MENGUMUMKAN HRC GROM SPEK LUMBA DAN HRC GROM CUP UNTUK JEPUN!

HRC GROM

Honda Racing Corporation [HRC] mengumumkan HRC GROM spek lumba dan satu-satunya GROM CUP untuk pasaran Jepun. Mengenai ketersediaannya, GROM spek lumba akan tersedia di Jepun mulai Mac 2021.

HRC Jepun mengatakan HRC GROM ialah berdasarkan Honda GROM 2021 serba baru yang telah dilancar di Thailand semalam. Oleh kerana ia merupakan motosikal mini dengan spek lumba, HRC GROM berbeza dari beberapa aspek. Dengan HRC GROM, bahagian lumba Honda mengeluarkan semua bahagian keselamatan yang tidak diperlukan dan menambah ECU lumba, harness, bahagian HRC kit, fairing lumba, tayar, cowl, muffler dan beberapa komponen lagi yang penting untuk lumba.

Selain itu, HRC juga membekal pakej bekalan perkhidmatan HRC bersama motosikal ini. GROM spek lumba akan dijual sebagai motosikal lengkap melalui kedai perkhidmatan HRC/ pengedar HRC di Jepun. HRC GROM adalah untuk kegunaan trek sahaja dan tidak boleh didaftar untuk kegunaan di jalan raya. Ia adalah seperti Honda CBR250RR Race Support Programme untuk Malaysia yang diumumkan bulan lepas.

Jika anda terlepas pelancaran Honda GROM, lihat di sini.

Related Post

HRC GROM CUP

HRC juga mengumumkan perlumbaan “HRC GROM CUP” [serupa dengan yang dilakukan dari tahun 2017] tetapi kali ini, pembeli HRC GROM mendapat peluang untuk bergabung dan bersaing dalam siri ini dengan menggunakan motosikal mereka sendiri.

Sumber: HRC Japan

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah