Categories: Berita

Yamaha siap sedia untuk mengeluarkan motosikal baru pada 21 Januari

Yamaha FZ V 3.0 | Sumber gambar: Yamaha Sri Lanka

Jika anda terlepas, Yamaha sudah bersiap sedia untuk mengeluarkan motosikal barunya tiba 21 Januari. FZ V 3.0 yang mungkin akan dilancarkan manakala terdapat berspekulasi bahawa MT15 bakal dikeluarkan pada pertengahan 2019.

Maklumat mengenai motosikal ini masih tidak lengkap oleh kerana pengeluar Japan ini tidak mendedah banyak maklumat. Spekulasi buat masa ini adalah motosikal FZ yang dinaik taraf yang telah mendapat banyak perhatian dengan beberapa gambar pengintip baru-baru ini. FZ V 2.0 kini telah berjalan lancar tetapi terdapat kemungkinan bahawa versi baharu ini akan dilengkapi dengan ABS.

Related Post

Model baru juga bakal dilengkapi dengan gaya depan yang beza dengan unit lampu LED baru. Sambungan tangki mungkin telah diubahsuai semula untuk memberi gaya yang lebih agresif. Tiada keraguan lagi bahawa motosikal baru ini akan mempunyai cermin lebih besar dan grafik yang lebih baik.

FZ V 3.0 mungkin akan mengguna enjin 149cc silinder tunggal yang disejuk udara tetapi dijangka mematuhi pelepasan BSVI.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah