Categories: Berita

Arch Motorcycles dari Keanu Reeves dan Gard Hollinger’s mencapai UK!

Arch Motorcycles kini boleh dibeli di UK buat kali pertama! Dipelopori oleh bintang Hollywood Keanu Reeves dan pakar motosikal kustom Gard Hollinger, setiap motosikal dari Arch Motorcycles direka khusus untuk setiap penunggang dengan dua posisi menunggang (kaki ke depan, gaya cruiser; atau dengan mid position pegs) dan estetik yang menarik.

“Saya tidak akan lupa pengalaman saya apabila menunggang salah satu motosikal ini buat kali pertama. Saya tidak pernah menunggang motosikal sehebat ini. Saya ingin mereka lebih banyak motosikal tetapi saya tidak mahu ia hanya sebagai motosikal kustom. Matlamat saya adalah untuk menjadikan mereka sebagai motosikal pengeluaran,” kata Reeves.

“Kami mempunyai satu kilang hebat dimana kami membangun dan mengilang motosikal pengeluaran,” kata Hollinger.

“Jika anda menambah segala kerja yang kami lakukan untuk memastikan mereka memenuhi segala garis panduan, kami memang satu syarikat motosikal kecil”.

Related Post

“Setiap motosikal bermula dari sekitar 540kg aluminium mentah yang kita reka ke dalam bahagian-bahagian yang terdiri daripada KRGT-1. Apabila kita selesai, tiga bulan kemudian, kita berakhir dengan kira-kira 50kg yang sebenarnya pada motosikal.”

Sebanyak 200 komponen direka dan dibuat secara sendiri. Enjin V-Kembar 2032cc diperolehi dari S&S yang disesuaikan pada kotak gear enam-kelajuan yang dipegang oleh rangka keluli dengan swingarm aluminium. Bahagian-bahagian lain termasuk suspensi Öhlins, perkakasan brek ISR dan roda karbon BST.

“Kami memilih untuk bekerja dengan S&S kerana rasa tork, bunyi dan kebolehpercayaan yang menjadikannya satu powertrain yang hebat,” tambah Reeves.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh membuat tempahan atas talian dari ArchMotorcycles.co.uk ataupun secara langsung dari Kensington Motorcycles di South West London.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah