MENURUT SUMBER PENGILANG MOTOSIKAL MALAYSIA, AVETA AKAN LANCAR SKUTER ADVENTURE BARU BAGI PASARAN MALAYSIA DALAM BEBERAPA BULAN AKAN DATANG!

Aveta Dayang ADV 150

Jika anda belum pernah dengar tentang jenama Aveta, mereka adalah pengilang motosikal dari Malaysia yang masih baru dalam pasaran. Buat sementara waktu, Aveta menawar rangkaian model kapcai, manakala, menurut sumber jenama Malaysia ini merancang untuk melancar skuter adventure serba baru, Aveta Dayang ADV 150 bagi pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Selain itu, pengilang motosikal seperti Tr Motorworld Cheras Branch telah buka tempahan untuk Aveta Dayang ADV 150! Untuk pelancaran rasmi, sumber mendakwa model ini akan dilancar pada bulan Jun atau Julai tahun ini.

AVETA DAYANG 150

Related Post

Mengenai motosikal ini, skuter dwi-tujuan yang bakal datang merupakan versi rebadged Dayanf ADV 150 dari China. Spesifikasi bagi unit Malaysia dijangka sama dengan model pasaran luaran.

Dari segi reka bentuk, Dayang ADV 150 sangat mirip dengan Honda ADV 150. Tetapi jika anda meletakkan kedua-dua motosikal bersebelahan, terdapat tempat-tempat tertentu di mana Dayang ADV 150 mengikuti reka bentuk tersendiri. Di depan Dayang ADV 150 mendapat unit lampu depan LED dan cermin depan yang boleh dilaraskan. Di bawah, model ini mendapat kluster instrumen TFT 7 inci yang dikatakan dilengkapi dengan sokongan GPS dan APP. Selain itu, Dayang ADV 150 dikatakan mempunyai suis hendal jenis backlit, soket pengecas USB, monitor tekanan tayar dan perakam kamera (depan dan belakang).

Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal sejukkan cecair 150cc, Dayang ADV 150 menjana kuasa maksimum 12.1 kW dan tork puncak 14.6 Nm. Terdapat cakera brek hidraulik di depan dan belakang. ABS dwi-saluran juga standard pada Dayang ADV 150! Kerja-kerja suspensi dikendalikan oleh fork teleskopik depan dan twin shock di belakang.

Bagi harga, Aveta Dayang ADV 150 dikatakan akan datang dengan tanda harga bawah RM 10,000 di Malaysia tidak termasuk cukai jalan, yuran pendaftaran dan insurans. Berbanding dengan Honda ADV 150 2021 yang berharga RM 11,999, Dayang ADV 150 dijangka tiba dengan tanda harga yang lebih berpatutan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan