Categories: BeritaSukan Motor

Dell’Orto kekal bersama MotoE hingga 2022

DORNA SPORTS TELAH MELANJUTKAN PERKONGSIAN MEREKA BERSAMA RAKAN PEROLEHAN DATA RASMI DELL’ORTO UNTUK SATU TAHUN LAGI.

Dorna Sports baru mengumumkan bahawa mereka telah melanjutkan kontrak dengan Dell’Orto. Jenama Itali ini akan kekal sebagai Rakan Perolehan Data Rasmi Piala Dunia FIM Enel MotoE untuk satu musim lagi. Dell’Orto menjadi Rakan Perolehan Data Rasmi MotoE pada 2019. Mereka membekal sistem canggih termasuk pencatat data, unit pengukuran inersia, sistem pemantauan tayar, dan sensor suspensi dan brek.

ANDREA DELL’ORTO, NAIB PRESIDEN EKSEKUTIF DELL’ORTO

Selepas dua musim kami sanggat gembira dengan MotoE: kami berpeluang untuk berinteraksi dengan pemain utama di dunia elektrik dan dengan jurutera yang hebat. Kami mendapat maklum balas positif dari pengeluar dan pembekal motosikal terpenting. Projek MotoE sangat penting bagi DELLORTO kerana ia membawa kita ke era baru: elektrifikasi!

Related Post

“Dari sudut pandangan kami, dalam masa terdekat, mobiliti lestari akan meminta penyelesaian yang berbeza di mana enjin elektrik dan pembakaran akan wujud bersama. Dell’Orto mahu mengambil bahagian dalam cabaran ini.”

PAU SERRACANTA, PENGARAH URUSAN DORNA SPORTS

“Saya bangga untuk mengumumkan perjanjian ini dan melihat Dell’Orto kekal sebagai rakan pemerolehan Data Rasmi MotoE. Rakan kongsi yang dipercayai sejak 2019 dan Moto3 sejak 2012, Dell’Orto adalah bahagian penting dalam kejayaan sukan kami, terutamanya MotoE. Dalam melanjutkan perjanjian kami, saya dengan senang hati mengesahkan bahawa mereka akan kekal sehingga masa depan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah