THAI GP AKAN TERLEPAS AKSI MOTOGP 2021 KERANA PELAKSANAAN SEKATAN YANG DISEBABKAN OLEH COVID-19.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Dengan sembilan perlumbaan yang telah berlangsung setakat ini, musim MotoGP 2021 telah bermula dengan baik. Pada awalnya, 23 perlumbaan telah dijadualkan, namun musim ini telah lihat kalendar yang semakin sesak dan pendek dengan pembatalan Grands Prix di Jepun, Finland, dan Australia. Kali ini pula, FIM, IRTA, dan Dorna Sports telah mengumumkan bahawa musim ini akan menyaksikan satu lagi pembatalan Grand Prix iaitu OR Thailand.

Pada mulanya dirancang untuk berlangsung dari 15 hingga 17 Oktober, GP Thailand akan berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram. Pandemik Covid-19 telah merumitkan kebanyakan perlumbaan tahun ini walaupun terdapat usaha untuk meningkatkan tahap sanitasi dan penjarakan sosial di samping proses vaksinasi. Walaupun begitu, sekatan yang dilaksanakan mewajibkan pembatalan acara tersebut.

Related Post

Kejuaraan Dunia FIM MotoGP berharap dapat kembali berlumba di hadapan penonton Buriram yang bersemangat pada tahun 2022. Acara pengganti sedang dipertimbangkan. Pihak berkuasa akan menerbitkan sebarang kemas kini mengenai kemungkinan acara pengganti secepat mungkin.

Masih belum diumumkan bila Gran Premio de la República Argentina akan berlangsung. Autódromo Termas de Río Hondo akan menjadi tuan rumah GP Argentina tahun ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan