Categories: Berita

Ducati Malaysia raih dua anugerah cemerlang di rantau Asia

TAHNIAH KEPADA DUCATI MALAYSIA KERANA MEREKA TELAH MEMENANGI DUA ANUGERAH CEMERLANG UNTUK RANTAU ASIA UNTUK ‘KOMERSIL SELEPAS JUALAN TERBAIK’ DAN ‘PASUKAN PEMASARAN TERBAIK’.

Ducati Multistrada V4

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Naib Presiden Ducati Asia Pasifik untuk Jualan dan Pemasaran, Marco Biondi, menyampaikan anugerah semasa Mesyuarat Kebangsaan Ducati APAC ke-28. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael merakamkan penghargaan atas pencapaian itu. Beliau mengatakan bahawa pasukan itu tidak akan dapat mencapainya tanpa usaha bersama pasukannya.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya yang telah bekerja keras untuk pencapaian ini.

Related Post

“Sepanjang operasi kami, ini adalah kali pertama kejayaan sebegini diraih oleh Ducati Malaysia.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan semangat yang telah dicurahkan kepada Next Bike Sdn Bhd yang kini menjadi perintis jenama Ducati di Malaysia,” katanya.

Mesyuarat Kebangsaan Ducati APAC ke-28 menyaksikan 13 wakil Ducati di rantau Asia Pasifik.

Sehingga 2021, Ducati Malaysia melalui pengedar rasmi Next Bike Sdn Bhd, telah berjaya melancarkan beberapa model 2021 seperti Ducati Multistrada V4, Monster 2021 dan SuperSport 950.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah