Categories: Berita

Ducati pembekal rasmi motosikal MotoE mulai 2023

INI MENANDAKAN SATU LONJAKAN BESAR BAGI DUCATI DALAM MENEGASKAN KEHADIRANNYA DALAM DUNIA MOTOSIKAL ELEKTRIK.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar motosikal Itali, Ducati akan menjadi pembekal rasmi motosikal elektrik untuk Piala Dunia MotoE bermula 2023. Ini selepas berita Energica tidak lagi menjadi motosikal rasmi untuk piala dunia MotoE selepas 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali dan Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta membuat pengumuman itu semasa sidang media khas di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli minggu lalu.

Ini adalah langkah bersejarah untuk jenama Borgo Panigale. Ia akan mengambil langkah pertama dalam menghasilkan jentera elektrik.

MotoE juga dilihat sebagai platform ujian terbaik untuk jenama Itali itu membangunkan teknologi dan inovasi motosikal elektrik yang membolehkan konsep sama dipindahkan ke peringkat pengeluaran.

Related Post

Menurut Domenicali, perjanjian itu membuka bab baharu untuk Ducati.

“Kami amat berbangga dengan kerjasama ini, lebih-lebih lagi ia cukup bersejarah bagi syarikat kami.

“Setiap kali kita memasuki era baharu, tumpuan kita adalah untuk menghasilkan produk berprestasi tinggi yang terbaik.

“Kami akan bekerja keras untuk memastikan setiap pelumba yang bersaing dalam MotoE menerima jentera berprestasi tinggi dan ringan,” tambahnya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah